Login  |  
BERITA * BERITA 1.00 TENGAHARI
Friday, September 03, 2010
BERITA 1.00 TENGAHARI 

Khamis, 2 September 2010

EDITOR : RAHMAT ASHARI.

PENYAMPAI : NOOR SYAHIDAH JAMSARI

 

KAWALAN KESELAMATAN PINTU MASUK SARAWAK- KALIMANTAN DIPERTINGKAT.

 

KAD KREDIT BANK ISLAM-ALUMNI UITM DILANCAR; KUMPUL DANA BANTU PELAJAR MISKIN.

 

KEMATIAN AKIBAT DEMAM DENGGI TAHUN INI MENINGKAT KEPADA 103 ORANG.

 

SEMPADAN

 

Kawalan di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (C-I-Q) Tebedu yang menjadi pintu keluar masuk utama rakyat Indonesia dari Kalimantan Barat ke wilayah Sarawak melalui jalan darat, dipertingkat. Bercakap kepada pemberita di Kuching, Ketua Polis Daerah Serian, D-S-P Mohd Jamali Umi berkata langkah itu bukan hanya kerana musim perayaan, tetapi disebabkan isu anti-Malaysia yang sedang berlaku di Indonesia. Anggota Cawangan Khas dan Pasukan Gerakan Am akan memantau perjalanan keluar masuk warga Indonesia untuk memastikan tidak ada kejadian di luar kawalan berlaku.

((BERNAMA))

 

TOL – DISKAUN

 

Diskaun Tol sempena aidilfitri dijangka diumumkan Menteri Kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor petang ini. Sebelum ini, Datuk Shaziman telah mencadangkan kepada syarikat konsesi lebuh raya supaya memberi diskaun itu kepada pengguna jalan raya yang mematuhi peraturan ditetapkan sebagai penghargaan. Pemberian diskaun tol itu juga diyakini dapat mengurangkan kadar kemalangan sepanjang musim perayaan ini. Sehingga kini, Kementerian Kerja raya sudah membelanjakan lebih 15 juta ringgit bagi membaiki jalan raya yang dikenalpasti sebagai" Black Spot" atau kawasan yang kerap berlaku kemalangan. Ini termasuk 30 jalan persekutuan dan 10 lebuh raya serta dua di Sabah.

((BTV))

 

POLIS - OPS SIKAP

 

235 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sepanjang Ops Sikap ke-22 di Negeri Sembilan . Mereka akan ditempatkan di jalan raya, sepanjang dua-ribu 718 kilometer. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh memberitahu pemberita selepas melancarkan Ops Sikap ke-22 Peringkat Negeri Sembilan di Plaza Tol Senawang, Seremban. Laporan Rosmary Khoo Mohd Sani.

 

“ Menurut Datuk Osman Salleh, di Negeri Sembilan, kes kemalangan maut kebiasaannya membabitkan jalan-jalan persekutuan yang tidak mengalami trafik sesak dan jumlah kenderaan yang kurang di jalan raya.Katanya, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada lalu menunjukkan penurunan iaitu I8-orang berbanding 23-orang pada tahun sebelumnya. Menurutnya, masih ramai pengguna jalan raya dan lebuh raya mengabaikan soal keselamatan seperti memandu dengan laju dan berbahaya, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak mengenakan topi dan tali pinggang keledar dengan kemas yang akhirnya mengakibatkan kemalangan. Justeru, pengguna jalan raya terus diingatkan supaya meningkatkan tahap kesabaran, mendapatkan rehat yang cukup serta mengamalkan budaya pemanduan yang berhemat terutama pada musim perayaan ini. Laporan Rosmary Khoo Mohd Sani untuk Berita Radio R-t-m .”

((REGIONAL))

 

JPJ PERAK

 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan mengadakan ronda an di 15 laluan berbahaya, mulai esok sehingga 19 September ini sempena Aidilfitri. Pada sidang media di Ipoh, Pengarah JPJ Perak, Jaafar Mohamed berkata, 167 anggota JPJ berpakaian biasa akan ditempatkan di beberapa lokasi bagi memantau kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya. Antara laluan yang dikenal pasti ialah Jalan Ipoh-Lumut, Ipoh-Teluk Intan, Ipoh-Kuala Kangsar, Ipoh-Taiping, Ipoh-Bidor, Jalan Teluk Intan-Sitiawan, Ipoh-Gerik dan Ipoh-Tanjung Malim.

((BERNAMA))

 

SPM-BANK ISLAM

 

Bank Islam Malaysia Berhad dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini
melancarkan Kad Kredit Platinum Mastercard 'Bank Islam Alumni UiTM Di Hatiku'. Pengarah Urusannya; Dato Seri Zulkifli Samad berkata, kad itu bertujuan mengumpul dana Alumni UiTM dengan menyumbang sebanyak 60 ringgit bagi setiap kad yang diluluskan. 3 sen daripada setiap seringgit pembelian juga akan disalurkan kepada dana berkenaan. Dato Seri Zulkifli berkata demikian dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV-Satu. Kad itu terbuka kepada pelajar, bekas pelajar dan ahli keluarga serta kakitangan UiTM.

 

“ Sebenarnya sesiapa yang berjaya memegang kad ini kita akan beri percuma tidak ada bayaran apapun. Tidak ada. No such thing as anual fee. Syaratnya mesti guna sekurang-kurangnya 12 kali setahun. Jadi kita akan wavekan all the anual fee. Jadi pemegang kad ini juga kita akan beri rebate. Bukan sahaja menderma kepada tabung ini, pemegang kad juga akan diberi rebate 0.3 peratus daripada hasil pembelian jugak. Jadi sama-sama untunglah.”

 

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Dato Professor Sahul Hamid Abu Bakar berkata; dana yang dikumpul, akan digunakan bagi membantu pelajar miskin belajar di UiTM. Setakat ini, 5 ribu pelajar miskin telah didaftarkan di UiTM dan 5 ribu lagi akan didaftarkan Disember ini.

 

“ Bila dapat keputusan SPM yang rendah, tak makna itu adalah penentu destini. Jadi kita di UiTM ni masih tidak lupa asal usul UITM adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak miskin daripada kampung dan juga anak-anak miskin daripada bandar. Jadi program ni diwujudkan khususnya untuk terima pelajar-pelajar ni yang boleh kata tidak kemampuan dari segi kewangan, mungkin kurang kemampuandari segi syarat masuk ke UITM. Kita letak mereka dalam program pra diploma. Dalam pra diploma selama 6 bulan, kita wujudkan balik semangat dia dan juga taraf dari segi kemampuan dia dari segi akademik. Jadi selepas 6 bulan itu kita serapkan dalam program-program diploma.”
((PBR))

 

KEMILAU 53-TUN ABDULLAH

 

"Cemerlang, Gemilang, Terbilang" - mengingatkan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kemilau 53 hari ini menyingkap kepimpinan beliau sepanjang lebih 5-tahun menerajui negara. Laporan Syarmila Rastam:

 

“ Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih sinonim dengan panggilan "Pak Lah" dilahirkan pada 26 November 1939. Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas Pulau Pinang -- menjadikan beliau amat menitik beratkan soal Agama dalam pentadbirannya. Justeru, Islam Hadhari diperkenal dan dilaksanakan. Konsep yang diketengahkan itu, diiktiraf dan dijadikan contoh oleh negara Islam yang lain. Bagi Tun Abdullah sendiri -- seseorang pemimpin perlu mempunyai sikap sabar; sanggup menerima kritikan sekeliling selain berani menghadapi cabaran yang mendatang. Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas, Dato Hilmi Abdul Rashid berkata, melaksanakan tugasan di bawah kepimpinan Tun Abdullah sangat disenangi. Beliau turut menyifatkan Tun Abdullah sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Pembangunan ekonomi negara terus dipacu menerusi koridor-koridor ekonomi yang diilhamkan Tun Abdullah. Matlamatnya besar -- merapatkan jurang pendapatan antara wilayah, memastikan pembahagian kek ekonomi dirasai setiap rakyat. Kerana bagi Tun Abdullah; itulah erti kemerdekaan sebenar -- untuk seluruh rakyat, setiap genap lapisan masyarakat menikmati kemakmuran secara adil dan saksama. Sekaligus membawa Malaysia menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.”

((PBR))

 

DENGGI

 

Dua lagi kematian akibat demam denggi dilaporkan berlaku, masing-masing satu di Melaka dan Sarawak, dalam tempoh 22 hingga 28 Ogos lepas. Demikian diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican menerusi satu kenyataan di ibu negara. Kematian terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian, meningkat kepada 103 orang dari Januari hingga 28 Ogos 2010.

((BERNAMA))

 

RAHMAT RAMADHAN-KESELAMATAN

 

Tumpuan penuh kepada tugas dan tanggungjawab memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin; tidak melunturkan semangat anggota pasukan keselamatan negara untuk menyempurnakan ibadah puasa. Penggorbanan mereka mengetepikan kepentingan diri demi kesejahteraan negara perlu dihargai seluruh rakyat. Ikuti laporan Fairuz Ridzuan dalam 'Rahmat Ramadan':

 

“ Berpuasa sebagai anggota keselamatan bukanlah satu perkara yang mudah. Apatahlagi seharian terpaksa menahan diri dari lapar dan dahaga ketika bertugas, demi mempertahankan keamanan negara tercinta. Ini diakui Pegawai Memerintah Tentera Udara Diraja Malaysia, No 10 Skuadron Kuala Lumpur, Leftenan Kolonel Saharuddin Mansor. Menceritakan pengalaman ketika berbuka puasa, adakalanya beliau hanya minum seteguk air sebelum meneruskan tugas. Walaupun merasa sedikit penat ketika bertugas, namun baginya itu hanyalah cabaran kecil dalam menjalani ibadah puasa. Turut berkongsi pandangan Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor. Jelasnya, tuntutan tugas menyebabkan beliau tidak berkesempatan berbuka bersama keluarga tercinta. Namun, komitmen sebagai anggota trafik tetap diutamakan bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di sekitar ibu kota, khususnya di bulan Ramadhan. Jasa dan bakti anggota keselamatan perlu dihargai atas kesediaan mereka melaksanakan tugas dan amanah demi mempertahankan benteng keselamatan negara. Tak kira waktu dan ketika termasuklah sepanjang Ramadhan yang sekaligus membolehkan rakyat terus menikmati keamanan dan kemakmuran dalam menjalankan aktiviti seharian. Fairuz Ridzuan Badaruddin melaporkan untuk Berita Radio RTM.”

((PBR))

 

SARAWAK-APMM

 

Sebuah pangkalan udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, akan dibina di Kuching. Ia bagi meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, serta operasi mencari dan menyelamat. Laporan Ratna Saimin.

 

“ Menurut Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Muhammad Abdul Basar Taji berkata, pangkalan udara itu akan dibina berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Beliau bercakap kepada media selepas menyampaikan bungkusan kuih Raya kepada petugas APMM Sarawak di Kuching. Bagi meningkatkan keberkesanan operasi di Sarawak , APMM juga bercadang membuka pangkalan atau pejabat baru di Mukah. Setakat ini, selain Kuching, APMM Sarawak mempunyai pangkalan di Tanjung Manis, Bintulu dan Miri. Laporan Ratna Saimin untuk Berita Radio R-T-M .”

((PBR))

 

THAILAND-HALAL

 

Thailand dijangka menggiatkan pengeluaran makanan halal dan piawaian pemasaran bagi meningkatkan eksport. Setiausaha Kementerian Perindustriannya, Surapong Pongdejkhajorn, berkata hanya para pengusaha yang berdaftar dengan Institut Piawaian Halal Thailand, diberi kebenaran untuk mengeluarkan makanan halal. Katanya, pasaran makanan halal Thailand meningkat berikutan permintaan dari negara-negara Islam.

((BERNAMA))

 

AMAZON

 

Sungai paling besar di dunia, Amazon makin cetek. Oi bahagian timur laut Peru, paras air sungai itu mencatat bacaan terendah dalam tempoh 40 tahun. Akibat cuaca panas dan tiada
hujan, paras sungai Amazon di pekan Iquitos jatuh kepada 105.97 meter di atas paras laut, 50 sentimeter lebih rendah daripada yang direkodkan pada tahun 2005. Sekurang-kurangnya enam bot terkandas akibat kekurangan aliran air. Beberapa syarikat perkapalan turut menggantung perkhidmatan.

((AFP))

 

CHINA-TARIAN SINGA

 

Taufan Lionrock membadai wilayah Fujian, bahagian timur China awal pagi tadi. Pegawai meteorologi nasional mengeluarkan amaran agar penduduk Xiamen, Quanzhou dan beberapa bandaraya pinggir pantai mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka diingatkan tentang kemungkinan berlaku tanah runtuh dan beberapa ancaman susulan hujan lebat. Kapal-kapal kecil dan bot nelayan dilarang beroperasi.

((BERNAMA))

 

SUKAN-TENIS

 

Tenis, Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat. Pemain remaja, Melanie Oudine gagal
mengulangi pencapaian edisi lalu - menyingkirkan nama-nama besar dan mara hingga ke peringkat suku akhir perseorangan wanita. Kali ini, pemain tuan rumah itu kandas di pusingan kedua. Oudine tewas 2-6, 3-6 kepada Alona Bondarenko. Turut tersingkir bintang China, Zheng Jie. Oia menerima nasib serupa rakan senegaranya, Li Na yang tumbang di pusingan pertama. Zheng Jie kalah 3-6, 0-6 kepada bekas pemain nombor satu dunia, Ana Ivanovic.

 

Sementara itu, juara bertahan, Kim Clijsters mengetuai senarai pemain pilihan yang meneruskan kemaraan ke pusingan ke-3. Mengiringi Clijster, pilihan ke-3, Venus Williams, pilihan ke-5, Samantha Stosur dan pilihan ke-12, Elena Oementieva.

((AFP))

 

SUKAN-BASIKAL

 

Kejohanan Berbasikal Jelajah Sepanyol. Peringkat ke-5 sejauh 198.8 kilometer dimenangi penunggang pasukan Garmin-Transitions, Tyler Farrar dengan catatan masa 5-jam-3-minit-36 saat. Jersi merah, selaku pendahulu keseluruhan kekal milik penunggang dari Belgium, Philippe Gilbert. Tamat 5 peringkat, dia mengumpul masa 19 jam 6 saat.

((AFP))