.::ARKIB BERITA::.
SURCAJ 30 PERATUS TERHADAP TIKET BAS
Surcaj 30-peratus terhadap tiket bas ekspres dan bas henti-henti untuk musim perayaan Hari Haya Aidil Fitri, akan dilaksanakan berkuatkuasa mulai 15-September hingga 15-Oktober 2008. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, surcaj itu bertujuan membantu pengusaha bas mengurangkan kesan peningkatan kos operasi akibat kenaikan harga bahan bakar. Beliau bercakap dalam sidang media di Parlimen. Katanya, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) turut meluluskan laluan terbuka bagi semua bas ekspres tambahan. la untuk kemudahan setiap syarikat bas mengatur laluan mengikut keperluan orang ramai.