EDITOR : NIZAMIA ASIQIN MOHD. ZUKNI
PENYAMPAI : MOHD NAZIM MOHID
PENGIKTIRAFAN KEMERDEKAAN OSSETIA SELATAN DAN ABKHAZIA BOLEH CETUSKAN KETEGANGAN DI KAUKASUS.
KUMPULAN PEMISAH DARFUR RAMPAS PESAWAT PENUMPANG SUDAN.
WASHINGTON TUDUH PYONGYANG CABULI PERJANJIAN NUKLEAR.
RUSIA-PBB
Tindakan Rusia mengiktiraf Ossetia Selatan dan Abkhazia sebagai sebuah negara merdeka akan mewujudkan ketidakstabilan di Kaukasus. Perkembangan terbaharu itu mempunyai implikasi yang luas terhadap keselamatan di rantau berkenaan. Kebimbangan tersebut disuarakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon menerusi jurucakap badan dunia itu, Michele Montas. Tegas Ban, soal pengiktirafan kemerdekaan sesebuah wilayah terletak di tangan negara yang memiliki kedaulatan ke atasnya.
((AFP))
RUSIA-PBB
Sementara itu, Duta Britain ke P-B-B John Sawers mengakui, usaha Majlis Keselamatan untuk mendapatkan kata sepakat dalam merangka draf resolusi berhubung Georgia, terjejas. Beliau berkata, perkara itu berpunca daripada keengganan Rusia untuk menghormati kedaulatan Georgia. Timbalan Duta Perancis ke P-B-B, Jean-Pierre Lacroix pula berkata, isu yang dibangkitkan Rusia itu mengakibatkan perbincangan mengenai rangka draf resolusi semakin sukar diteruskan.
((AFP))
RUSIA-US
Tindakan Rusia mengiktiraf kemerdekaan Ossetia Selatan dan Abkhazia turut mengundang rasa kurang senag pelbagai pihak. Di Amerika Syarikat umpamanya Presiden George W. Bush mendesak Moscow menimbang semula pengiktirafan kemerdekaan kepada dua wilayah Georgia tersebut. Kenyataan yang dikeluarkan Bush menyebut, tindakan Rusia itu hanya akan mengakibatkan ketegangan sedia wujud bertambah buruk. la sekaligus merumitkan sebarang rundingan diplomatik melibatkan Georgia pada masa hadapan.
((AFP))
PERANCIS-MOSCOW
Perancis yang merupakan Presiden semasa Kesatuan Eropah pula menggesa Moscow agar menghormati asas kemerdekaan dan kedaulatan milik sesebuah negara. Ini dinyatakan Menteri Luarnya, Bernard Kouchner.Di Tbilisi, Presiden Mikheil Saakashvili menyifatkan tindakan Rusia itu sebagai cubaan untuk menghapuskan negaranya dari pets dunia. Beliau turut mengulangi dakwaan bahawa Moscow bersalah melakukan pembersihan etnik di Ossetia Selatan dan Abkhazia. Saakashvili menegaskan demikian ketika diwawancara stesen televisyen B-B-C.
((AFP))
SUDAN-RAMPASAN PESAWAT
Sebuah pesawat penumpang Sudan yang dirampas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Nyala di Darfur dilaporkan mendarat di Tripoli, Libya. Ketika kejadian, pesawat Boeing 7-3-7 itu membawa lebih 100-penumpang dan anak kapal. la dalam penerbangan menuju Khartoum. Pihak berkuasa Libya mengesahkan, pesawat berkenaan selamat mendarat di sebuah lapangan terbang tentera di Kufra. la terletak di kawasan padang pasir yang kaya dengan sumber minyak di tenggara Libya. Menurut pengurus keselamatan syarikat penerbangan "Sun Air", kumpulan perampas pesawat terbabit sehingga kini tidak menyatakan motif tindakan mereka. Media melaporkan, tiga anggota kanan Tentera Pembebasan Sudan antara yang menaiki pesawat itu. Sementara itu, Pengarah pangkalan udara Kufra, Khaled Saseya mendedahkan, kumpulan perampas itu singgah kerana hanya mahu minyak pesawat diisi semula. Mereka juga mengaku sebagai anggota kumpulan serpihan Tentera Pembebasan Sudan (S-L-A) pimpinan Abdel Wahid Mohammed Nur. Perampas juga menyatakan mereka mahu terbang ke Paris untuk menyertai pemimpin mereka. Khaled menyatakannya demikian sebagaimana dipetik agensi berita rasmi Libya,Jana.
((AFP))
TAUFAN GUSTAV
Bencana Taufan Gustav di rantau Carribean sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 5-penduduk Haiti. 7-yang lain pula dilaporkan cedera. Menurut Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Alta Jean-Baptiste, kemalangan jiwa itu dilaporkan di kawasan tenggara. Gustav, taufan kategori satu kini sedang bergerak menghala kearah Jamaica dan Cuba. la bertiup pada kelajuan 150-kilometer sejam dan sekitar pukul 8-pagi tadi ia dikesan berada kira-kira 60-kilometer dari Port-Au-Prince.
((AFP))
MINYAK
Kebimbangan terhadap bencana Taufan Gustav telah membawa kesan terhadap harga minyak mentah dunia. Di New York, harganya menokok melebihi 1-Dollar setong. Minyak mentah Light Sweet bagi penghantaran bulan Oktober naik 1.16-Dollar untuk ditutup pada 116.27-Dollar se tong. Di London, harga minyak mentah Brent North Sea meningkat 0.60-Dollar kepada 114.63-Dollar se tong.
((AFP))
US-KOREA UTARA
Amerika Syarikat menuduh Korea Utara melanggar perjanjian nuklear enam pihak, setelah negara komunis itu didapati cuba melengah-lengahkan proses pengantungan operasi kemudahan tenaga atomnya. Washington juga mengekalkan Pyongyang dalam senarai negara yang menaja keganasan. Menurut Jurucakap Rumah Putih, Tony Fratto, Korea Utara akan kekal dalam senarai negara yang menaja keganasan sehingga ia bersetuju secara rasminya untuk mengisytihar program nuklearnya yang sepatutnya dilakukan sebelum Jun lalu.
((AFP))
THAILAND ADAKAN PERBINCANGAN
Polis Thailand akan mengadakan perbincangan dengan kumpulan anti-kerajaan yang menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri, Samak Sundaravej. la sebagai antara usaha bagi menyuraikan 8-ribu penyokong kumpulan itu yang berhimpun di Rumah Kerajaan. Timbalan Ketua Polis Thailand, Mejar Surapol Tuanthong berkata, pihaknya tidak akan menggunakan sebarang kekerasan bagi tujuan itu. Beliau memberitahu demikian kepada A-F-P.Dalam pada itu, Mejar Surapol mengesahkan, beberapa anggota polis serta penunjuk perasaan cedera ringan dalam kejadian rusuhan semalam.
((AFP))
INDIA-BANJIR
Lebih 1-juta penduduk terperangkap ekoran banjir di timur negara itu. Hujan lebat di negeri Bihar menyebabkan air sungai Kosi melimpahi tebing. 4 daripada 13 daerah di Bihar dilaporkan terjejas teruk. Menteri Pengurusan Bencana Bihar, Nitish Mishra berkata usaha sudahpun digerakkan bagi memindahkan penduduk.
((AFP))
SAHAM
Pasaran saham Jepun susut 0.12-peratus dalam sesi dagangan seblah pagi. Indeks Nikkei jatuh 14.7-mata kepada 12-ribu 746.01 manakala Topix pula jatuh 3.54-mata atau 0.29-peratus kepada seribu 225.81
((AFP))
LIGA JUARA EROPAH
Sukan, bola sepak, Liga Juara Eropah. Dua pasukan gergasi melepasi halangan masing-masing dalam pusingan ketiga untuk beraksi dalam peringkat kumpulan. Kelab ternama Itali, Juventus mara ke pusingan seterusnya dengan mengetepikan juara liga Slovakia, Artmedia Bratislava. Meskipun sekadar seri 1 -sama dalam saingan awal pagi tadi, Juve berjaya memastikan tempat berdasarkan kemenangan agregat 5-1. Mengiringi pasukan The Old Lady ialah wakil Liga Primera Sepanyol, Barcelona. Barca mara dengan agregat 4-1, meskipun tewas 0-1 kepada wakil Poland, Wisla Krakow. Dalam perlawanan pertama dua minggu lalu di Nou Camp, Barca menang 4-0.
((AFP))
PIALA LIGA INGGERIS
Beralih ke saingan Piala Liga Inggeris. Jaringan Michael Owen pada masa tambahan memastikan Newcastle mara ke pusingan seterusnya dalam kejohanan itu. Pada perlawanan pusingan kedua, Newcastle berjaya menundukkan Coventry 3-2. Sementara itu, Bolton Wanderers pula diaibkan kelab divisyen satu, Northampton dalam perlawanan di Stadium Reebok apabila tewas 1-2. Keputusan lain - Leeds United mengalahkan Crystal Palace 4-0, Middlesbrough membelasah Yeovil 5-1 dan Southampton menumpaskan Birmingham 2-0.
((AFP))
US OPEN
Tenis, Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat. Pemain wanita nombor satu dunia, Ana Ivanovic mara ke pusingan kedua. Bintang Serbia itu menewaskan Vera Dushevina dari Russia dengan 6-1, 4-6 dan 6-4. Turut mara - ialah pilihan keenam, Dinara Safina. Dia menundukkan pemain tuan rumah, Kristie Ahn 6-3, 6-4. Sementara itu, laluan pilihan ke-1 1, Daniela Hantuchova dari Slovakia tersekat di pusingan awal. Dia tersingkir setelah dikejutkan pemain bukan pilihan dari Jerman, Anna-Lena Groenfeld dengan 4-6 dan 2-6. 3-lagi pemain pilihan Serena Williams, Dominika Cibulkova, Nadia Petrova juga berjaya mengisi slot saingan pusingan kedua. Williams, selaku pemain pilihan keempat kejohanan, layak setelah mudah menundukkan Kateryna Bondareko dari Ukraine 6-1, 6-4. Pilihan ke-1 8, Dominika Cibulkova pula mara apabila berjaya menundukkan Jill Craybas. 6-3 dan 7-6. Sementara pemain pilihan ke-19, dari Russia, Nadia Petrova menundukkan pemain Perancis, Olivia Sanchez 6-2, 6-4.
((REUTERS))