EDITOR : MASNIZA AWANG KECHIK
PENYAMPAI : HABIBULLAH ABU BAKAR
PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN-INDIA, DITANDATANGANI HUJUNG TAHUN INI.
MAHKAMAH AWAM CAMPURTANGAN BAGI HENTIKAN BANTAHAN ANTI KERAJAAN DI THAILAND.
DARURAT DIISYTIHARKAN DI LOUISIANA EKORAN ANCAMAN TAUFAN GUSTAV.
ASEAN SELESAI RUNDINGAN
Asean telah menyelesaikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan India. Persetujuan dicapai dalam mesyuarat para pegawai kanan, awal bulan ini. Perjanjian mengenainya akan ditandatangani semasa Sidang Kemuncak Asean di Bangkok, Disember ini. Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Lim Hng Kiang serta rakan sejawatannya dari India, Kamal Nath. Pengumuman dibuat dalam sidang media di Singapura. Rundingan itu melibatkan perdagangan bernilai berbilion-bilion Dolar.
((AFP))
THAILAND-KRISIS POLITIK
Krisis politik di Thailand. Pihak mahkamah mula campurtangan bagi menamatkan bantahan anti-kerajaan di Bangkok. Semua penunjuk perasaan yang berhimpun di perkarangan pejabat Perdana Menteri Samak Sundaravej, sudah diarah mengosongkan kawasan itu. Mahkamah juga meminta kumpulan pembantah, menghentikan sekatan jalanraya yang diadakan sebelum ini. Timbalan Ketua Polis, Leftenan Jeneral Jongrak Chutanont berkata, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Awam Bangkok lewat malam tadi. Terdahulu, pihak Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap 9-pemimpin penunjuk perasaan.
((AP))
GEORGIA-KETEGANGAN LAUT HITAM
Russia membidas Barat kerana memburukkan ketegangan di Laut Hitam dengan meningkatkan kehadiran pasukan tentera taut Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Moscow juga memberi amaran terhadap sebarang tindakan memulaukan negara itu ekoran pertikaian di Georgia. Pada masa sama, Georgia mengumumkan untuk mengendurkan hubungan diplomatik dengan Moscow. Pendirian diambil ekoran tindakan Russia mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah dalam Georgia Abkhazia dan Ossetia Selatan.Sementara itu, negara-negara perindustrian utama (G-SEVEN) mengutuk keras tindakan pengiktirafan terhadap kedua-dua wilayah itu. la mencetuskan persoalan mengenai komitmen Moscow terhadap keamanan dan keselamatan di rantau Kaukasus itu. G-SEVEN mengecam tindakan Moscow menggunakan kuasa ketenteraan dalam menangani krisis di Georgia.Konfrantasi Russia-kuasa Barat juga dijangka membayangi Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (S-C-O) di Dushanbe, ibu negara Tajikistan, hari ini. Ia akan disertai Presiden Russia, Dmitry Medvedev; Presiden China, Hu Jintao; Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Turut serta - wakil Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan, selain wakil tuan rumah. Persidangan S-C-O diadakan bagi membincangkan mengenai aspek keselamatan dalam mengimbangi peranan NATO di rantau Asia Tengah.
((AFP))
UN-LUBNAN
Sempadan Lubnan-Syria terus dibolosi, meskipun usaha memperketat kawalan keselamatan dipergiat dari semasa ke semasa. Ini mengakibatkan kegiatan penyeludupan senjata kekal aktif di rantau berkenaan. Demikian menurut laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu yang disediakan oleh Pasukan Penilaian Sempadan Bebas Lubnan. Laporan itu antaranya menyebut, keadaan di sempadan Lubnan-Syria tidak berubah sejak setahun lalu. Malah usaha memperketat kawalan keselamatan dilihat langsung tidak berkesan. Kelemahan dikesan terutama di lintasan Arida, Aboudieh, Kaa, Masnaa dan Bokayaa.
((AFP))
SUDAN-SERAH DIRI
Krisis rampasan pesawat Sudan, berakhir. Dua dalang yang bertanggungjawab telah menyerah diri kepada pihak berkuasa Libya di lapangan terbang Kufra. Mereka berbuat demikian beberapa jam selepas membebaskan kesemua penumpang dan anak kapal yang dijadikan tebusan. Perkhabaran itu disahkan seorang pegawai kerajaan Libya di Kufra. Sehingga kini, identiti sebenar perampas pesawat masih gaga) dikenalpasti pihak berkuasa. Tripoli sudah mengarahkan satu siasatan dijalankan. Kerajaan Sudan pula telah menghantar delegasi seramai 20-pegawai ke Kufra bagi membantu pihak berkuasa Libya.
((AFP))
OBAMA
Parti Demokrat secara rasmi menamakan Barack Obama sebagai talon parti itu dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Pengumuman mengenainya dibuat di Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat di Denver, tanpa kehadiran Obama. Harapan tinggi diletakkan kepada Obama dalam usaha menamatkan penguasaan Parti Republikan di White House sejak Japan tahun lalu. Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat akan diadakan pada 4-November depan. Obama akan ditentang talon Parti Republikan, John McCain.
((AP))
TAUFAN GUSTAV
Ancaman Taufan Gustav di rantau Carribean memaksa kerajaan negeri Louisiana, Amerika Syarikat mengisytiharkan darurat. Pengumuman dibuat oleh gabenor negeri itu, Bobby Jindal. Beliau turut memaklumkan rancangannya untuk memulakan proses memindahkan penduduk di sepanjang kawasan pantai. Menurut jabatan kajicuaca, Gustav diramal melanda kawasan daratan negeri itu menjelang petang Isnin depan dengan kekuatan taufan kategori tiga. Bencana Taufan Gustav di rantau Carribean sehingga kini sudah mengorbankan 23-nyawa. 15-daripada kes kematian direkodkan di selatan Haiti. Sementara 8-yang lain terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh di Republik Dominica. Menurut laporan media asing, mangsa termasuk seorang ibu bersama 6-orang anak. Kekuatan Gustav merosot menjadi ribut tropika semasa melanda kawasan daratan di Haiti. Namun esok kekuatannya dijangka meningkat kembali menjadi taufan apabila ia melalui kawasan perairan Carribean antara Cuba dengan Jamaica.
((AP))
FILIPINA-NAHAS VAN
10-rakyat Korea Selatan maut selepas van yang mereka naiki merempuh sebuah bangunan di selatan Filipina. Kejadian berlaku di Bolinao. Pegawai Polis, Romeo Hilomen berkata, nahas berlaku ketika van berkenaan dalam perjalanan pulang dari utara bandar peranginan Baguio. Kenderaan itu dilaporkan hilang kawalan. Sebahagian daripada warga Korea itu adalah pelancong, manakala yang lain pemandu pelancong.
((AFP))
PENDATANG EROPAH
71-pendatang Afrika lemas semasa cuba menyusup masuk ke Eropah. Tragedi berlaku apabila bot yang dinaiki mereka karam di Laut Mediterranean. Ini didedahkan oleh lapan individu yang ditemui hanyut di pesisir pantai Malta. Menurut sumber dalaman polis, mangsa dibantu nelayan tempatan di kawasan perairan "Madonna di Pompei". Ketika disiasat, polis mendapat maklumat bahawa bot yang mereka gunakan pada asalnya membawa 79-orang, termasuk 8-wanita dan seorang kanak-kanak.Dalam pada itu, wakil Suruhanjaya Tinggi P-B-B Mengenai Pelarian (U-N-H-C-R), Neil Falzon berkata, pendatang terbabit berasal dari benua Afrika. Mereka belayar menuju Eropah dari Libya, pada Khamis minggu lepas. Bot mereka terbalik dipukul gelombang akibat cuaca buruk, empat hari lalu. Pendatang dikenalpasti sebagai rakyat Eritrea, Ghana, Somalia dan Sudan.
Malta merupakan antara 27-negara Kesatuan Eropah. la menjadi pintu masuk utama pendatang Afrika yang ingin membina kehidupan baharu di Eropah.
((AFP))
MEXICO-SAMSENG
Keganasan kumpulan samseng di Mexico mengorbankan 21-orang termasuk empat pegawai polis, semalam. Menurut kenyataan pihak berkuasa Mexico City, pembunuhan ala-mafia itu adalah yang terbaharu sepanjang tahun ini. Setakat ini, 2-ribu 700-orang maut. Jumlah mangsa penculikan juga meningkat. Keganasan berlaku meskipun kerajaan sudah cuba membanteras kegiatan sindiket dadah dengan mengerahkan lebih 36-ribu askar ke seluruh Mexico.
((AFP))
RACUN DAGING
Kes keracunan bakteria pada hidangan daging di Kanada. Korban sudah meningkat kepada 15-orang. Ini disahkan para pegawai kesihatan Kanada. Menurut Agensi Kesihatan Awam negara itu, sejumlah 29-kes didapati positif "listeriosis". 31-lagi kes yang disyaki pula masih dalam siasatan. Sementara itu, Presiden Syarikat "Maple Leaf Food", Micheal McCain berkata, kilang yang menjadi punca pencemaran bakteria itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak.
((AFP))
LIGA JUARA EROPAH
Sukan, bola sepak Liga Juara Eropah. Beberapa lagi saingan peringkat kelayakan berlangsung awal pagi tadi. Juara 5-kali, Liverpool layak beraksi dalam peringkat kumpulan setelah mengecewakan Standard Liege dengan agregat 1-0. Gol kemenangan The Reds dijaringkan bintang Belanda, Dirk Kuyt pada minit ke-1 18 masa tambahan. Turut mara, Arsenal. The Gunners membenam FC Twente dengan 4-gol kosong di Emirates Stadium untuk layak dengan agregat 6-0. Marseille mencatat kemenangan 2-1 terhadap SK Brann untuk mara dengan agregat 3-1, manakala Atletico Madrid mengetepikan Schalke dengan agregat 4-1 setelah menang besar 4-0 di Stadium Vicente Calderon.
((AFP))