EDITOR : NAZRI ABDULLAH
PENYAMPAI : YOYO AINLAINA BAHARUDIN
SYARIKAT PERLU MANFAATKAN HARGA ASET YANG RENDAH KETIKA KEGAWATAN EKONOMI SEKARANG.
USAHA DIPERTINGKAT BAGI KURANGKAN TEMPOH MENUNGGU PERBICARAAN KES YANG DIRUJUK DI "MAHKAMAH PERUSAHAAN".
PILIHANRAYA BANGLADESH DITANGGUHKAN.
TPM-PENGANGGURAN
Syarikat perlu memanfaatkan harga aset yang rendah, ketika kegawatan ekonomi sekarang sama ada dalam sektor kewangan atau hartanah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat perlu mempunyai pandangan jangka panjang dan terus melabur bagi memastikan kemampanan days saing. Mereka jugs perlu terus meninjau peluang pelaburan dan perniagaan terutamanya dalam koridor pertumbuhan. Beliau berkata demikian dalam perasmian Persidangan Ketua-ketua Pegawai Kewangan 2008 di Kuala Lumpur. Teks ucapan Timbalan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Menurut Datuk Seri Najib, krisis kewangan global dan kelembapan ekonomi seterusnya mewujudkan kumpulan sumber pengganguran yang terdiri daripada pekerja berkemahiran tinggi dan berpengetahuan.
Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Tan Sri Nor Mohamed berkata, pengangguran di Malaysia tahun ini akan berada pada kadar 4-peratus atau lebih rendah. Kadar pengangguran negara pada tahun depan juga akan dipertahankan pada kadar tersebut. Menurutnya, dana latihan 300-juta Ringgit yang diumumkan di bawah pakej ransangan 7-bilion Ringgit yang diumumkan baru-baru ini boleh meminimumkan sebarang pengangguran selain meningkatkan kemahiran para pekerja.
((BERNAMA))
MAHKAMAH
Usaha sedang ambit bagi mengurangkan tempoh menunggu perbicaraan kes-kes yang dirujuk di "Mahkamah Perusahaan". Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, sejak tahun 2005, hanya 516 kes daripada keseluruhan 4-ribu 432 kes yang dirujuk kepada mahkamah berkenaan, belum diselesaikan. Daripada jumlah kes yang diselesaikan, iaitu 3-ribu 225, sebanyak seribu 860-kes berjaya diselesaikan melalui rundingan peringkat jabatan. Beliau bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur. Menurut Datuk Dr Subramaniam, kementerian menetapkan sasaran menyelesaikan antara 70-peratus hingga 80-peratus kes yang dirujuk kepada Mahkamah Perusahaaan dalam tempoh dua tahun.
((PBR))
DEWAN RAKYAT-GULUNG
Program "Misi Belian Akan Datang" atau I-B-M anjuran MATRADE berjaya menjana jualan 2.61-billion Ringgit, tahun ini. Ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan "Rang Undang-undang Perbekalan 2009" peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat.
Tiga lagi stesen seismik akan diwujudkan bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengesanan kejadian gempa bumi. la akan ditempatkan di Kota Gelangi Pahang, Bakun Sarawak dan Sepulut Sabah. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Encik Fadillah Yusof. Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat. Pada masa ini, Malaysia mempunyai 14-buah stesen seismik. Katanya, bagi meningkatkan kajian impak gempa bumi terhadap struktur bangunan pula, kementerian telah memasang dua bush alat "strong motion" di Putrajaya. Selain itu, 10-buah lagi stesen strong motion akan dipasang di kawasan Lembah Klang pada awal tahun depan.
((BERNAMA/PBR))
PERSEDIAAN BANJIR
Unit bencana RTM, kini bergerak ke lokasi kedua, iaitu Terengganu Darul Iman. la sebagai susulan kepada tinjauan pertama persiapan banjir di Pekan, Pahang minggu lalu. Laporan Mohd Yunus Mohd Nor:
“Dalam program kali ini daerah Kemaman di Terengganu, akan menjadi lokasi pertama unit bencana tv. Seramai 15 ahli termasuk bahagian teknikal turut serta bagi memantau persediaan banjir di daerah berkenaan. Siaran secara langsung dari semasa ke semasa dijadual ke udara secara khas untuk pendengar & penonton RTM. Laporan Mohd Yusof Mohd Nor untuk berita radio RTM.”
((PBR))
AJARAN SESAT
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia setakat ini mengenalpasti 73 ajaran sesat. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, is termasuk ajaran yang diasaskan Ayah Pin. Unit Penguatkuasaan Akidah JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri sedang memperhebatkan operasi termasuk memulihkan akidah mereka yang terlibat. Beliau bercakap dalam sidang media selepas melawat Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia di Serdang.
((PBR))
AYAH PIN
Datuk Dr. Ahmad Zahid juga berkata polis telah mengenalpasti lokasi persembunyian Ayah Pin hasil maklumat orang awam. Menurutnya kerjasama antara Polis dan Jabatan Agama Islam Terengganu sidang giat dijalankan bagi memberkas pengasas ajaran sesat itu. Tindakan penguatkuasaan secara syariah dan sivil akan dikenakan terhadapnya.
((PBR))
KES SAMUN-PERAK
Polis memberkas tiga lelaki, disyaki terlibat dengan kes pembunuhan kejam seorang juruwang sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar, lpoh pada 11 November lepas. Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata suspek terbabit yang berusia antara 19 hingga 41 tahun ditahan di sebuah rumah di Bercham, petang Khamis lalu. Sebilah parang, sebuah topi keledar dan pakaian di rumah berkenaan yang dipercayai digunakan semasa kejadian rompakan yang menyebabkan kematian juruwang berkenaan, turut dirampas. Polis masih mengesan beberapa suspek lagi bagi membantu siasatan. Beliau bercakap di lpoh.
((BERNAMA))
KES SAMUN-JOHOR
Di Johor, polis menahan tujuh individu, termasuk seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, dipercayai terbabit dalam empat kes samun bersenjatakan parang di sekitar Johor Bahru. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, kesemuanya ditahan dalam satu operasi khas mulai Isnin hingga Jumaat lepas di sekitar Taman Perling, Kangkar Pulai, Nusajaya dan Taman Sri Pulai. Polis merampas enam bilah parang panjang, dua kapak dan dua pisau. Sebuah kereta jenis Honda Civic yang dilapor hilang di Kangkar Pulai, 10 November lepas dan sebuah Proton Waja yang dilapor hilang di Pulau Pinang, 4 November lalu, turut dirampas.
((BERNAMA))
REAKSI-KONTRAK
Peruntukan 600-juta Ringgit bagi projek di bawah Program Penyelenggaraan Infrastruktur Asas, merupakan satu lagi usaha murni kerajaan membantu kontraktor kecil. Demikian menurut Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Osman Abu Bakar. Beliau menyatakannya ketika di hubungi Berita Radio RTM:
"Jadi ini menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan terhadap kontraktor- kontraktor kecil yang salah satu menjadi nadi pembangunan negara dan ini juga dapat membantu apatah lagi banyaknya kontraktor- kontraktor kecil terutamanya kontraktor kelas F. Jadi saya bagi pihak persatuan juga mengharapkan bila projek-projek ini mula dilaksanakan tahun depan ia mencapai matlamat sasaran yang ditujuka oleh kerajaan kepada kontraktor-kontraktor kecil terus menerus pada mereka ini."
((PBR))
PULAU PINANG
Kerajaan Pulau Pinang perlu mengkaji semula keputusannya mengetepikan sekolah kebangsaan dalam peruntukan pembangunan kerajaan negeri, tahun depan. la jelas satu diskriminasi yang tidak seharusnya berlaku. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Syed Anuar Syed Mohamad menegaskan demikian kepada berita Radio RTM:
“Walaupun sekolah kebangsaan dapat pembiayaan dari kerajaan pusat tapi harus ingat bahawa sekolah kebangsaan juga mendapat pembiayaan daripada kerajaan pusat . Nampak disini seolah-olah kerajan pulau pinang tidak melihat sekolah kebangsaan itu sebagai salah satu institut pendidikan yang perlu diperkasakan untuk kecemerlangan pendidikan tanpa dipengaruhi dengan apa juga idealogi politik, apa yang diputuskan oleh kerajaan Pulau Pinang seolah-olah tidak megiktiraf atau tidak berterima kasih kepada rakyat yang telah memberi peluang mereka memerintah Pulau Pinang, sebab rakyat yang memberi mandat itu bukan sahaja daripada Cina, India tapi melayu juga yang beri mandat pada mereka.”
((PBR))
SOMALIA
Susulan rampasan kapal tangki Arab Saudi oleh lanun Somalia. Laporan terbaharu menyebut, perampas telahpun menuntut wang tebusan. la terkandung dalam satu pita video yang diperoleh stesen berita AI-Jazeera. Pihak lanun turut memberi jaminan keselamatan kepada kapal yang akan membawa wang tebusan berkenaan. Kapal tangki Sirius Star dirampas ketika berada di Lautan Hindi, kira-kira 450 batu nautika ke tenggara pelabuhan Mombasa di Kenya, jauh dari Teluk Aden - lokasi berlakunya kebanyakan serangan lanun. Ketika kejadian, ia membawa dua juta tong minyak mentah bernilai 1 00-juta Dolar Amerika. Sirius Star yang berukuran tiga buah padang bola sepak itu merupakan kapal terbesar yang pernah dirampas setakat ini.
((AFP))
PAKISTAN
Lagi serangan udara tentera Amerika Syarikat dalam wilayah Pakistan. Sasaran kali ini - sebuah rumah di barat laut daerah Bannu dekat sempadan Afghanistan. Sekurang-kurangnya lima orang terkorban, termasuk dua rakyat asing, dipercayai anggota kumpulan Al-Qaeda. 7 yang lain dilaporkan cedera. Serangan terbaharu itu menyusul lima hari selepas sebuah pesawat tanpa pemandu membedil kedudukan pelampau di Waziristan Utara, mengakibatkan 10 anggota AI-Qaeda maut.
((AFP))
AUSTRALIA- EKONOMI
Australia berisiko tinggi terjerumus dalam kegawatan ekonomi, pada tahun depan. Demikian menurut kenyataan Westpac-Melbourne Institute. Kajian institut itu mendapati, kegiatan ekonomi untuk tempoh tiga hingga sembilan bulan akan datang dijangka jatuh mendadak sehingga 1.1-peratus. Kadar pertumbuhan itu jelas menunjukkan pertumbuhan ekonomi sangat lemah, sekurang-kurangnya bagi suku pertama tahun depan. Terdahulu, sumber kerajaan menyatakan, Australia akan mengalami pertumbuhan perlahan manakala kadar pengangguran meningkat kesan krisis ekonomi global.
((AFP))
NEPAL
Sebuah kumpulan hak asasi manusia mendedahkan mengenai kegiatan polis Nepal yang sering menyeksa kanak-kanak semasa dalam tahanan untuk tujuan berseronok. Human Rights Watch yang beribupejabat di New York menyatakan, pihaknya menerima 200 laporan mengenai perkara itu tahun ini. Seorang penyelidik kumpulan itu, Bede Sheppard berkata, ada kalanya penderaan itu dilakukan untuk memaksa mereka membuat pengakuan terhadap kesalahan atau jenayah yang dilakukan. Namun ada kalanya ia dilakukan sebagai satu hiburan bagi pegawai atasan. Antara penderaan yang dilakukan termasuk menyepak, menumbuk, membelasah mangsa dengan getah paip atau mencucuk paku pada tapak kaki mangsa. Polis Nepal bagaimanapun menolak dakwaan tersebut.
((AFP))
BANGLADESH-PILIHANRAYA
Pilihanraya Bangladesh yang dijadualkan pada 18 Disember depan akan ditunda kepada 28 Disember. Langkah itu bagi membolehkan parti-parti politik utama mengambil bahagian dalam pilihanraya berkenaan. Sementara itu, kerajaan sementara Bangladesh mengadakan pertemuan empat mata dengan Parti Kebangsaan Bangladesh, pimpinan Sheikh Hasina Wajid. Dalam pertemuan itu, parti pembangkang tersebut antaranya menggesa kerajaan menarik balik perintah darurat.
((AFP))
K-O-A-M
Datuk Seri Shahidan Kassim, menerima enam pencalonan bagi mengekalkan jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Setakat semalam, Perlis, Pahang, Kelantan, Johor, Melaka dan Sabah mencalonkan beliau untuk terus menyandang jawatan itu bagi penggal kedua berturut-turut. Ini dinyatakan Timbalan Presiden KOAM, Encik Karim Ibrahim. Beliau bercakap di Kuala Lumpur. Tarikh akhir pencalonan bagi pemilihan jawatan tertinggi KOAM ialah pada 5-Disember depan. Pengundian akan diadakan pada 14-Disember.
((BERNAMA))
TENIS REMAJA
Lebih 300-peserta dari 10-negara bakal beraksi dalam Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tuanku Syed Putra/Perlis-Milo ke-28. Kejohanan lima hari itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Perlis di Kangar bermula 29-November ini. Menurut pengarah kejohanan, Encik Cheng Joo Chong, antara negara yang telah mengesahkan penyertaan ialah Korea Selatan, Afrika Selatan, Indonesia, Sweden, Uzbekistan dan Singapura.
((BERNAMA))