EDITOR: EZA YUSMAWATI YAACOP.
PENYAMPAI : HABIBULLAH ABU BAKAR.
KERAJAAN LANCAR PELAN TINDAKAN NEGARA BAGI PEKERJAAN 2008-2010 ... TUMPU USAHA TANGANI PENGANGGURAN.
APEC SERU PUSINGAN DOHA WTO DIMUKTAMADKAN SEGERA DI TENGAH-TENGAH KEGAWATAN EKONOMI GLOBAL.
MALAYSIA-AUSTRALIA SETUJU RANGKA KERJASAMA DUA HALA LEBIH SUBSTANTIF.
NASIONAL
PM-PENGANGGURAN
Pelan Tindakan Negara bagi Pekerjaan 2008-2010 yang dilancarkan hari ini akan membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menangani pengangguran. Ini dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pelan itu merupakan satu langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan dalam kadar pengangguran, kesan daripada krisis ekonomi global, pergantungan terlalu besar kepada pekerja asing, perubahan dalam pasaran tenaga kerja dan meningkatkan daya saing negara dalam pasaran tenaga kerja. Sekaligus, menyediakan hala tuju dan menetapkan keutamaan bagi bidang pekerjaan di Malaysia. Beliau berkata demikian pada perasmian Persidangan mengenai amalam kerja baik di Ibu Negara. Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam. Datuk Seri Abdullah berharap pelan tindakan tersebut akan dilaksanakan dengan segera dan berkesan.
((BERNAMA))
APEC
Negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) termasuk Malaysia menyeru agar dimuktamadkan segera perundingan Pusingan Doha Pertubuhan Perdagangan Dunia (W-T-O). la dalam usaha untuk menampan impak krisis kewangan global ke atas ekonomi anggotanya. Mesyuarat peringkat menteri W-T-O dicadang diadakan dalam tempoh dua minggu lagi. Laporan Noriani Idris:
"Dalam mesyuarat hari pertama, peringkat menteri-menteri ekonomi APEC menjelang sidang kemuncak pemimpin sabtu ini. Malaysia menyuarakan pendirian tegas keperluan kata sepakat mengenai liberalisasi pasaran dalam rundingan Pusingan Doha. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kuala Lumpur mencadangkan agar pakej Julai 2008 digunakan sebagai asas untuk rundingan lanjut terhadap isu yang masih tertunggak. Hasil laporan mesyuarat ini akan diserahkan kepada para pemimpin 21 Ekonomi APEC untuk diteliti dan diterima sebagai Deklarasi APEC Peru 2008. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata Malaysia turut berkongsi pengalamannya dalam melaksanakan langkah fiskal dan pengawasan yang ketat bagi melindungi sistem kewangan negara ketika menghadapi kegawatan ekonomi asia 1997. Noriani Mohd Idris melaporkan untuk berita radio, rtm."
((PBR))
MALAYSIA-AUSTRALIA
Dalam pada itu, Malaysia dan Australia bersetuju merangka kerjasama dua hala yang lebih substantif secara berjadual bagi meningkatkan hubungan yang lebih menyeluruh. Menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ini termasuk program latihan diplomasi dan pertukaran pegawai dan pelajar Perkara itu menjadi pokok perbincangan dalam pertemuannya dengan Menteri Luar Australia, Stephen Smith di luar mesyuarat peringkat menteri-menteri APEC, AMM di Lima. Smith antara 55 menteri yang berkaitan dengan ekonomi dan luar negara yang menghadiri mesyuarat tersebut.
"Malaysia dan Australia akan mewujudkan kerjasama hubungan dua hala menurut berjadual yang lebih menetapkan, lebih substantif untuk tahun depan. Jadi kita mempunyai hubungan dua hala dengan Indonesia, Singapura, dan negara-negara lain lagi, Timur Tengah tetapi dengan Australia tidak ada. Sebab itu mereka telah memohon kepada saya ada rangka kerjasama berjadual."
((PBR))
ANWAR-MAHKAMAH
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan tarikh 5 dan 6 Februari tahun depan untuk mendengar semakan bagi memindah kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi. Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berikutan rayuan oleh pihak pembelaan yang mempunyai jadual yang ketat. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pembelaan Encik Sulaiman Abdullah. Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan peguambela berhubung semakan tersebut. Dalam pada itu hakim juga memutuskan bahawa Datuk Seri Anwar dikecualikan daripada hadir ke mahkamah pada hari tersebut kerana ia hanya untuk mendengar semakan. 14 November lalu Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abidien memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan terhadap ketua pembangkang itu harus dihentikan sementara. Ini kerana pihaknya telah mengemukakan permohonan semakan di bawah Seksyen 3-2-3 Kanun Tatacara Jenayah. Pada 7 November lepas, Hakim Mahkamah Seksyen S.M Komathy Suppiah menolak permohonan pendakwaan untuk memindah kes tersebut ke mahkamah tinggi dengan alasan sijil pemindahan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.
((PBR))
RTM-KREATIF
R-T-M bakal muncul sebagai pusat pembangunan komuniti kreatif negara, menjelang tahun 2012. Ini dinyatakan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Katanya, sasaran itu bakal dicapai apabila R-T-M menggunakan sistem digital sepenuhnya dan mewujudkan 19 saluran dalam tempoh tiga tahun akan datang. la sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada 53-ribu orang dalam industri kandungan kreatif negara. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan bulanan Kementerian itu di Angkasapuri:
"Sekarang ini kita hanya ada lebih kurang 420 orang 'produsers' yang mendaftar dengan kita dan kita hanya mampu memberi ruang 50 hingga 60'players'. Caranya ialah membuka ruang melalui proses pendigitalan RTM yang membolehkan ia menyiarkan sejumlah 19 saluran dan ianya mesti memberi keutamaan kepada kandungan tempatan."
((PBR))
PELAJAR-SEMPORNA
Punca kegagalan 400 pelajar di Semporna, Sabah mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, P-M-R dan Sijil Pelajaran Malaysia, S-P-M, akan disiasat. Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom. Menurut beliau, pihaknya akan menyiasat sama ada pelajar berkenaan mendaftar untuk mengambil peperiksaan itu atau tidak. Beliau berkata demikian ketika dihubungi berita radio RTM.
VOA
Syarat bagi pemegang visa waktu ketibaan (V-O-A), dikaji semula. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung berkata, ia berikutan terdapat pemegang V-O-A menyalahgunakan kemudahan yang diberi kerajaan. Sejak diperkenalkan, terdapat 75-ribu 465-orang pemegang V-O-A dikesan telah menyalahgunakannya seperti tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan. Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
((PBR))
HALAL
Dewan juga diberitahu, Perbadanan Kemajuan Industri Halal (H-D-C) telah meluluskan 730-permohonan sijil halal bagi tempoh April sehingga November lepas. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, daripada jumlah itu, 720-permohonan bagi peringkat domestik. Manakala, 10-bagi peringkat antarabangsa. Katanya, persijilan halal yang diluluskan meliputi produk seperti makanan, minuman, premis makanan, rumah penyembelihan, farmaseutikal, kosmetik dan produk dandanan diri.
((PBR))
BANJIR-KEMAMAN
Hujan sekejap-sekejap di daerah Kemaman, Terengganu menyebabkan air sungai mula melimpah. Tinjauan unit TV R-T-M di kampung Air Putih mendapati jambatan yang menghubungkannya dengan kampung bersebelahan tidak dapat digunakan. Butiran lanjut bersama Mohd Yunus Mohd Nor di Kemaman:
"Hujan sejak kira-kira seminggu lalu menyebabkan kampung Air Putih telah pun dinaiki air sedalam 1 meter. Ini sekaligus menyebabkan kedua-dua kampung berkenaan terputus hubungan. Bagaimanapun 2 buah bot milik parlimen Kemaman dan penduduk setempat di tempatkan bagi menghadapi segala kemungkinan. Turut meninjau bersama Unit Bencana Tv Pegawai Daerah Kemaman Mohd Nor Ibrahim. Dalam Pada itu jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebatjingga bagi Terengganu, Kelantan dan Pahang. Justeru orang ramai diminta berhati-hati dan bersedia menghadapi ancaman banjir. Sekian laporan Mohd Yunus Mohd Nor untuk berita radio RTM."
((PBR))
LUAR NEGARA
APEC
Jepun dan China bersetuju untuk bekerjasama dalam isu perdagangan di sebalik dua negara ekonomi terbesar Asia itu sedang bergelut dengan kesan daripada krisis kewangan global. Menteri Perdagangan Jepun, Toshihiro Nikai mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari China, Chen Deming dalam sesi sampingan sempena mesyuarat dua hari Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasific, APEC di Lima. Nikai memberitahu pemberita kedua-dua belah pihak perlu bekerjasama dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia, WTO. Dalam suku ketiga tahun ini, ekonomi Jepun mengalami kejatuhan untuk pertama kali dalam tempoh tujuh tahun, sementara pertumbuhan ekonomi China menjunam ke paras 9.0-peratus -- paras terendah dalam tempoh lima
tahun.
((AFP))
MINYAK-ASIA
Pasaran minyak di Asia mencatat penurunan. Kontrak utama Light Sweet bagi penghantaran Disember susut 0.80-Dolar kepada 52.82-Dolar se tong. Harga minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Januari pula, jatuh 0.70-Dolar kepada 51.02-Dolar se tong.
Terdahulu, Di New York, minyak mentah Light Sweet turun 0.77-Dolar untuk ditutup kepada 53.62-Dolar se tong. Di London, harga Brent North Sea jatuh 0.12-Dolar kepada 51.72-Dolar se tong. Dalam dagangan awal, ia susut sehingga 50.61-Dolar, paras terendah sejak tiga setengah tahun lepas.
((AFP))
JORDAN-GAZA
Beribu rakyat Jordan menunjuk perasaan mendesak Israel menamatkan kepungan terhadap Semenanjung Gaza. Tunjuk perasaan dianjur oleh Pergerakan Ikhwanul Muslimin yang sangat berpengaruh. Penunjuk perasaan membawa sepanduk yang mengecam negra-negara Arab terutama Mesir kerana gagal mendesak Israel menamatkan kepungan. Mereka juga kesal kerana Mesir enggan membuka lintasannya yang bersempadan dengan Palestin.
((AFP))
AS-IRAQ
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates mempertahankan perjanjian Pertahanan yang telah dimeterai dengan Iraq, Isnin lalu. Menurut beliau, perjanjian tersebut memberi tempoh yang diperlukan tentera Amerika bagi melatih tentera Iraq selain menentang pengganas. Beliau menjelaskan demikian kepada Kongres di Washington. Sebahagian daripada ahli Kongres masih was-was dengan perjanjian tersebut yang antara lain mengkehendaki tentera Amerika berundur dari bumi Iraq menjelang akhir 2011 serta mengehadkan peluang Baghdad mengenakan tindakan undang-undang kepada tentera dan kontraktor Amerika Syarikat yang melakukan jenayah.
((AP))
SUKAN
BOLA SEPAK
Lagenda bola sepak, Diego Maradona lulus ujian pertama sebagai jurulatih Argentina. Dalam perlawanan persahabatan di Hampden Park, Glasgow awal pagi tadi, pasukan bimbingannya mengatasi tuan rumah, Scotland 1-0 hasil jaringan Maxi Rodriguez seawal minit ke-8. Bagi Maradona, kemenangan di Hampden Park amat bermakna kerana di stadium itulah, dia menjaringkan gol sulung antarabangsanya lebih 29 tahun lalu. Baru berusia 18-tahun ketika itu, Maradona bersama juara Piala Dunia 1978, menewaskan Scotland 3-1 pada 2 Jun 1979. Sementara itu, England masih mampu menewaskan Jerman meskipun tanpa beberapa tonggak utama. Pertembungan di Stadium Olimpik Berlin memihak kepada England dengan keputusan 2-1. Gol kemenangan England dijaringkan ketua pasukannya, John Terry, 6-minit sebelum masa sebenar berakhir. Ini merupakan kemenangan kelima berturut-turut buat England - rekod terbaik pernah dicatat sejak 2006.
((AFP))