EDITOR : EZA YUSMAWATI YAACOP.
PENYAMPAI : AISYA MELISSA YUHANIZ
DATUK SERI SHAHRIZAT UMUM BERTANDING JAWATAN KETUA WANITA UMNO.
KERAJAAN TIDAK CADANG PERKENAL UNDANG-UNDANG PAKSA SEKTOR SWASTA BAYAR COLA KEPADA PEKERJA.
KEMBOJA MAHU KONFLIK SEMPADANNYA DENGAN THAILAND DISELESAIKAN SECARA AMAN.
NASIONAL
DATUK SERI SHAHRIZAT-TANDING
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan hari ini untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno. Demikian menurut laporan bernama.
Kemelut dalam pergerakan itu timbul apabila peringkat akar umbi mahu Datuk Seri Shahrizat bertanding merebut jawatan Ketua Wanita -- sedangkan kepimpinan pergerakan itu sebelum ini bersetuju untuk meneruskan peralihan kuasa seperti yang dirancangkan iaitu pada Jun depan. Untuk bertanding jawatan Ketua, Datuk Seri Shahrizat menerima 73 pencalonan, manakala, Tan Sri Rafidah menerima 117 pencalonan.
((BERNAMA))
APEC-DASAR
Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2008: Menteri-menteri APEC menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kemungkinan wujudnya amalan Dasar Perlindungan Perdagangan dalam menangani pasca krisis kewangan dunia. Kebimbangan itu dikhuatiri akan membantut matlamat perdagangan yang lebih liberal. Laporan Noriani ldris di Lima, Peru:
"Mesyuarat peringkat menteri APEC juga meneliti dan menerima pendekatan pakej ransangan pemulihan sistem kewangan yang diumumkan oleh G-20 di Washington baru-baru ini. Satu pertiga daripada Ketua Negara dan Menteri Ekonomi APEC seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Rusia, Korea Selatan, Indonesia, Mexico dan Australia menghadiri sidang negara G-20 tersebut. Menyentuh kesan kewangan global terhadap ekonomi Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan impaknya akan mengurangkan kadar pertumbuhan antara 1 hingga 2 peratus daripada unjuran sekarang. Namun kerajaan akan menyusun langkah agar kesannya tidak terlalu besar. Pakej ransangan mungkin disuntik tetapi memerlukan penetlitian terlebih dahulu. Noriani Mohd Idris melaporkan untuk berita radio, rtm."
((PBR))
MALAYSIA-KDNK
Malaysia yakin mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 3.5 peratus pada tahun depan, walau pun keadaan ekonomi negara Asia seperti Jepun, Hong Kong dan Singapura telah mengalami kemelesetan. Kadar pengangguran di negara itu djangka meningkat kepada 8.0 peratus berbanding 6.5 peratus. Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Persatuan Usahawan Muda di Petaling Jaya.
((BERNAMA))
SWASTA-COLA
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan undang-undang untuk memaksa firms sektor swasta membayar elaun sara hidup (COLA) kepada pekerja mereka. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata, bagaimanapun, Kementeriannya akan mengusahakan perbincangan antara majikan dan pekerja sektor swasta sebagai usaha untuk pemberian elaun itu. Beliau memberitahu pemberita selepas merasmikan persidangan mengenai amalan kerja baik bagi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara. ~'
((BERNAMA))
MALAYSIA-JEPUN
Malaysia boleh mencontohi sistem pengangkutan bersepadu yang lebih berkesan di bandaraya Tokyo, Jepun -bertujuan menangani isu kesesakan lalu lintas di bandaraya Kuala Lumpur. Sistem pengangkutan di bandaraya Tokyo lebih berbentuk integrasi melibatkan semua jenis pengangkutan awam di bawah satu pengurusan yang memudahkan pengawasan. Ini dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Sri Zulhasnan Rafique. Buat masa ini kementerian masih di peringkat kajian bagi tujuan perlaksanaan sistem tersebut. Dato' Sri Zulhasnan ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Ketujuh Plenari, Asian Network of Major Cities di ibu negara.
((PBTV))
PBT
Sidang Dewan Rakyat: Pelantikan seseorang anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sepenuhnya dan tidak semestinya hanya terdiri daripada ahli profesional. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hamzah Zainudin berkata malah, kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan pelantikan anggota Majlis itu hanya daripada kalangan ahli profesional. Bagaimanapun kementerian tidak menghalang kerajaan negeri yang bercadang untuk melantik sepenuhnya ahli profesional sebagai Ahli Majlis PBT. Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab.
((BERNAMA))
BAHAS
Sementara itu, dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, wakil Batu Pahat, Dr. Mohd Puad Zarkashi mencadangkan supaya MARA mewujudkan sebuah sekolah menengah yang menjurus kepada pembelajaran Sains dan Teknologi. la bertujuan menanam minat anak-anak muda meminati bidang tersebut; sekaligus dapat melahirkan saintis bumiputra yang mampu menguasai teknologi tinggi.
((PBR))
KIK
Kumpulan Inovatif dan Kreatif, K-I-K akan menggantikan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja, KMK yang telah menjadi mekanisme pengurusan organisasi awam sejak 25 tahun lalu. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohamed Sidek Hassan berkata Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam, PKPA baharu akan diperkenal dalam masa terdekat bagi menggantikan pekeliling yang sedia ada mengenai K-M-K. Beliau yakin K-I-K akan berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Tan Sri Mohamed Sidek berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah Konvensyen KMK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan ke-25 di Kuching. ((PBR))
CIQ
Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (C-I-Q) yang baru di Bukit Cagar, Johor akan dibuka secara rasmi mulai 1 Disember ini. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kerajaan negeri sudah menerima surat pemberitahuan mengenai pembukaan kompleks itu daripada kerajaan persekutuan. Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Hari Informasi kedua Iskandar Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada Johor, Johor Bahru. Projek C-I-Q Bukit Cagar yang tertangguh lebih setahun itu, kini beroperasi dengan beberapa agensi kerajaan yang telah memasang dan menguji sistem serta peralatan masing-masing. Apabila beroperasi sepenuhnya, C-I-Q yang dinamakan Kompleks Sultan Iskandar dijangka mampu mengendalikan 70 juta pengunjung setahun.
((PBR))
LUAR NEGARA
KEMBOJA-THAILAND
Kemboja mahu konflik sempadannya dengan Thailand diselesaikan secara aman. Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, yang mengulangi pendirian Phnom Penh itu berharap kedua belah pihak bersabar sementara rundingan mengenai langkah menanda sempadan selesai dijalankan. Katanya, konflik tentera di sempadan bersama itu mula reda sejak bulan lalu. Namun, Kemboja tidak teragak-agak untuk bertindak bagi menghadapi sebarang kemungkinan sebagai langkah mempertahankan diri. Minggu lalu, para pegawai Kemboja dan Thailand bersetuju pada dasarnya untuk mengurangkan jumlah anggota tentera masing-masing di sempadan bersama. Rundingan akan disambung semula Januari tahun depan.
((AFP))
THAILAND-BOM
Susulan serangan bom di perkarangan Bangunan Kerajaan di Bangkok, awal pagi tadi. Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat menafikan pembabitan kerajaan dalam insiden itu. Katanya, pihak polis akan menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap dalang di sebalik serangan yang menyebabkan seorang penunjuk perasaan anti kerajaan, maut dan 22-yang lain cedera. Kawasan tersebut telah ditawan kumpulan penunjuk perasaan Pakatan Rakyat Bagi Demokrasi, (P-A-D) sejak 26-Ogos lepas. P-A-D dalam satu kenyataan mendakwa serangan terbabit dilakukan oleh kerajaan.
((AFP))
CHINA-KERJA
China bakal berhadapan dengan masalah pengangguran yang serius kesan krisis ekonomi global. Menteri Keselamatan Sosial, Yin Weimin, menegaskan demikian semasa mengumumkan beberapa langkah untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Katanya, pada masa ini peluang pekerjaan semakin berkurang. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita berhubung pasaran pekerjaan semasa. Menurut Yin, pihaknya menggesa semua sektor memberi keutamaan kepada usaha menyediakan peluang pekerjaan. Beliau memberi amaran, kesan krisis ekonomi global paling teruk dirasai pada suku pertama tahun depan.
((AFP))
NDONESIA-MINYAK
Dalam pada itu syarikat minyak dan gas yang beroperasi di Indonesia telah diarah supaya menggunakan bank tempatan untuk berurus niaga mulai bulan depan, bagi membantu mengukuhkan mata wang Rupiah. Pengerusi badan pelaksana syarikat BP Migas, Raden Priyono memberitahu agensi berita Dow Jones, polisi baharu itu dijangka menyumbang pendapatan sebanyak 11-bilion Dolar, kepada negara itu, tahun depan. Awal hari ini, Rupiah jatuh ke paras terendah dalam tempoh 10-tahun kepada 12-ribu 250 berbanding Dolar.
((AFP))
IMF-ICELAND
Sementara itu Tabung Matawang Antarabangsa, I.M.F meluluskan pinjaman berjumlah 2.1 bilion dolar kepada Iceland bagi membantu negara itu memulihkan keyakinan dan menstabilkan ekonominya. Kenyataan I.M.F yang dikeluarkan di Washington menerangkan, pinjaman tersebut akan diberi secara berperingkat dalam tempoh 2 tahun. Sebagai permulaan Iceland boleh mengeluarkan 827 juta dolar manakala 155 juta lagi akan disalurkan dalam lapan peringkat. Pinjaman itu akan membantu sektor perbankan yang berdepan dengan masalah kredit. Krisis kewangan global telah menyebabkan 3 bank utama Iceland lumpuh, dan menyebabkan kejatuhan nilai matawang crown. Iceland juga diramal mengalami kemelesetan ekonomi serius sehingga tahun 2010.
((AFP))
SAHAM-ASIA
Pasaran saham utama di rantau Asia mengalami kemerosotan kesan kejatuhan pasaran saham di Wall Street. Di Tokyo, Indeks Nikkei menjunam 6.89-peratus atau 570.18-mata untuk ditutup kepada 7-ribu 703.04. Di Seoul, indeks KOSPI susut 6.7-peratus atau 68.13-mata kepada 948.69. Sementara di Hong Kong, Indeks Hang Seng jatuh 4-peratus atau 517.24-mata kepada 12-ribu 298.56.
((AFP))
SUKAN
BADMINTON
Badminton, Siri Super Terbuka China. Pilihan utama perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei melepasi halangan pemain Hong Kong, Ng Wei di pusingan kedua. Chong Wei menang mudah 21-13, 21-14 dalam pada 35 minit sekaligus mara ke suku akhir. Lawan Chong Wei seterusnya, rakan senegara, Wong Choon Han - satu-satunya pemain lelaki Malaysia yang pernah menjuarai Terbuka China. Dalam pertarungan pusingan kedua, Choon Han mengejutkan juara Terbuka Denmark dan Perancis, Peter Gade. Choon Han bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang 17-21, 21-18, 21-16.
((INTERNET))
PIALA MONSUN
Datuk Peter Gilmour, pemenang Piala Monsun 2005 dan naib juara tahun lepas, adalah antara 10-kapten pasukan yang telah mengesahkan penyertaan dalam perlumbaan kapal layar untuk Piala Monsun edisi keempat yang akan berlangsung di Pulau Duyong, Terengganu dari 3 hingga 7-Disember depan. Selain daripada 10 pasukan, dua lagi tempat akan ditentukan setelah berlangsungnya Perlumbaan Kelayakan Malaysia dari 24 hingga 26 November, dan Perlumbaan Kelayakan Asia dari 27 hingga 29 November. Dua pasukan tersebut, satu dari Asia dan satu dari Malaysia, akan menggenapkan 12 pasukan yang akan beraksi dalam siri terakhir Jelajah "World Match Racing".
((BERNAMA))
BOLA SEPAK
Bola sepak. Pencarian gol sulung Brazil di tempat sendiri sejak November 2007 berakhir. Dalam aksi persahabatan di Brasillia menentang Portugal, Brazil menang 6-3. Tiga daripada gol skuad Samba dijaringkan oleh penyerang Sevilla, Luis Fabiano. Kemenangan itu adalah yang terbesar dalam rekod pertemuan kedua-dua pasukan.
((AP))
GOLF
Golf: Kejohanan Dunlop Phoenix di Miyazaki, Jepun: Birdie yang dilakukan pemain Australia, Paul Sheehan pada lubang ke-18 membawa tuah kepadanya apabila ia mendahului pusingan pertama dengan 67-pukulan, 4-bawah par. Manakala, tujuh pemain terikat di tempat kedua dengan mengumpul 68-pukulan. Ini termasuk Gonzalo Fdez-Castano dari Sepanyol, Prayad Marksaeng dari Thailand, Henrik Stenson dari Sweden, pemain Amerika Brandt Snedeker and tiga pemain tuan rumah.
((AFP))
LPGA
Dalam pada itu, penganjuran siri jelajah L-P-G-A dikurangkan daripada 34 kepada 31 pada tahun depan. la turut memotong hadiah wang tunai sebanyak 5-juta dollar. Dengan itu, hadiah wang tunai berkurangan kepada 55-juta dolar berbanding kira-kira 60-juta dolar yang ditawarkan pada tahun 2007. Perkara itu dinyatakan Pesuruhjaya Carolyn Bivens ketika membuat pengumuman mengenai jadual jelajah L-P-G-A 2009. Pemotongan dibuat berikutan krisis ekonomi yang semakin buruk di Amerika Syarikat dan Eropah. Hadiah wang tunai bagi keseluruhan kejohanan turut dikurangkan daripada 1.77-juta dolar kepada 1.76 dolar. Siri Jelajah L-P-G-A akan bermula di Hawaii pada bulan February dengan Terbuka S-B-S di Turtle Bay dan berakhir di Houston, Texas.
((AFP))