EDITOR: NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI
PENYAMPAI: EZA YUSMAWATI YAACOP
MALAYSIA MAHU PERATURAN DAN CORAK EKONOMI DUNIA DIGUBAL AGAR LEBIH ADIL DAN SEIMBANG.
PROSES PEMILIHAN KETUA WANITA UMNO TIDAK HARUS JEJAS PERPADUAN DALAM PERGERAKAN ITU.
3-PEMIMPIN NEGARA ASIA BERMESYUARAT BULAN DEPAN - BINCANG KERJASAMA TANGANI KRISIS KEWANGAN SEJAGAT.
MALAYSIA – APEC
Malaysia akan menggunakan Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, APEC di Lima, Peru untuk menegaskan mengenai keperluan sistem kewangan global yang lebih terbuka. la bagi mengatasi kesan krisis kewangan dunia. Demikian dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, peraturan dan corak ekonomi dunia perlu digubal supaya lebih adil dan seimbang. Dato' Seri Najib ditanya wartawan Malaysia sejurus tiba di Lima, Peru untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang berlangsung mulai Sabtu ini. Beliau antara 19-pemimpin dunia yang kini berada di Lima untuk menghadiri Sidang Kemuncak APEC ke-16. Ini merupakan kemunculan pertama beliau sejak memegang jawatan Menteri Kewangan.
Dalam pada itu Datuk Seri Najib turut diminta mengulas keputusan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk merebut jawatan nombor satu pergerakan itu. Menurutnya ia tidak harus menjejaskan perpaduan dalam pergerakan tersebut. Sebaliknya Wanita mesti berikhtisas untuk merapatkan barisan secepat mungkin selepas pemilihan. Sehubungan itu beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berharap keputusan Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, diterima dan proses pemilihan perlu mencerminkan kematangan dalam parti.
Sementara itu, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan yang diambil oleh Datuk Seri Shahrizat itu haruslah dihormati kerana ia dibuat berasaskan sokongan anggota Wanita Umno. Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Apec di Lima. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu juga berkata proses pertandingan adalah proses biasa dalam Umno. Ini termasuklah pertandingan di peringkat tertinggi yang melibatkan lebih daripada satu calon, namun calon yang bertanding haruslah mempunyai semangat setia kawan.
((BERNAMA))
GURU SAINS DAN MATEMATIK
Kementerian Pelajaran kini berusaha meningkatkan bilangan guru yang mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di luar bandar. Sekaligus menyeimbangkan bilangan guru berkenaan antara bandar dan luar bandar. Pengarah Bahagian Urusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Haji Zulkifli Mohd Wazir berkata, usaha itu penting ke arah memperkasa sistem pendidikan negara. IN terutamanya apabila keputusan bagi matapelajaran Sains dan Matematik yang diumumkan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu menunjukkan bahawa dasar itu berkesan. Beliau berkata demikian dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM Satu.
((PBR))
BIAISISWA
13-orang menerima biasiswa Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi tahun ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah (P-H-D). Bagi tujuan itu, sebanyak 7.1 juta Ringgit diperuntukkan. Penerima biasiswa berkenaan akan menikmati kadar bayaran elaun sara hidup lebih tinggi, jika dibandingkan penerima biasiswa Persekutuan. Ikuti temubual Berita Radio R-T-M dengan penerima biasiswa tersebut -- Encik Aeffendi Helmi Hashim, Encik Lim Kian Min dan Cik Fatimah Abdul Razak.
((PBR))
RTM
Usaha RTM mewujudkan 17-lagi saluran televisyen, menjelang 2012, dapat memberi impak positif kepada pengembangan produk penerbitan tempatan. Ahli Dewan Negara, Tan Sri Jins Shamsuddin berkata is juga memberi peluang kepada penggiat drama dan filem tempatan untuk bersaing dengan produk dari luar negara. Ketika dihubungi berita radio R-T-M, Seniman Veteran itu yakin dengan adanya saluran digital berkenaan, ia mampu mengangkat nama negara ke peringkat antarabangsa.
((PBR))
IKLAN
Pusat pengumpulan ikan hiasan dan pasar malam untuk Industri itu akan diwujudkan. Itu dua langkah yang dinyatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed bagi memantapkan lagi perusahaan ikan hiasan. Beliau berkata sektor ikan hiasan dapat meningkatkan peluang ekonomi dan memperluaskan pasaran di peringkat dunia. Untuk itu pihak kerajaan membuka peluang kepada semua pengusaha tempatan menceburi sektor tersebut. Dato' Mustapa berkata demikian selepas merasmikan AQUAFAIR MALAYSIA 2008 di ibu negara.
((PBTV))
VETERINAR – KELANTAN
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan khuatir dengan kegiatan penyeludupan ayam beku dari negara jiran kerana ayam berkenaan mungkin dijangkiti selesema burung. Pengarah jabatan itu, Dr Mohd Zairi Serlan berkata, kegiatan menyeludup itu menjadi rancak sejak kebelakangan Ini berikutan penularan wabak selesema burung di Thailand menyebabkan keperluan daging ayam di negara itu berkurangan secara mendadak. Beliau memberitahu Bernama di Tanah Merah. Pendedahan itu dibuat berikutan cubaan menyeludup yang berjaya dipatahkan Polis Marin Pengkalan Kubur pada 10 November lepas dengan merampas 578 kotak ayam beku di pangkalan haram Tanjung.
Dalam pada itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad ketika dihubungi Bernama, melahirkan kebimbangannya berhubung daging ayam yang diseludup ke negeri itu, sama ada daging itu halal dimakan oleh masyarakat Islam. Beliau meminta pihak terbabit menyiasat sumber pembekalan daging ayam itu, dan sama ada ia disembelih secara sah. ((BERNAMA))
KOREA, JEPUN DAN CHINA
Para pemimpin Korea Selatan, Jepun dan China akan bermesyuarat bulan depan. la bagi membincangkan hubungan kerjasama lebih rapat dalam menentang krisis kewangan sejagat. Mesyuarat antara Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak, Perdana Menteri Jepun Taro Aso dan rakan sejawatannya dari China, Wen Jiabao akan diadakan di bandar Fukuoka, Jepun pada 13-Disember. Rundingan itu adalah yang pertama diadakan secara berasingan daripada forum-forum antarabangsa pelbagai negara. Sebelum ini, ketiga-tiga negara itu pernah bermesyuarat ketika sidang kemuncak ASEAN campur 3.
((AFP))
NEPAL
Nepal akan menyambung semula program anak angkat antarabangsa yang ditangguhkan tahun lalu ekoran terdapat laporan ada kanak-kanak yang dijual. Pegawai perundangan, Kementerian Wanita, Kanak-kanak dan Halehwal Sosial Nepal, Prakash Adhikari berkata. Sebaik terdapat berita program berkenaan akan disambung semula, beliau menerima banyak pertanyaan mengenainya. Bagaimanapun, keputusan kerajaan Kathmandu itu kurang disenangi oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu dan kumpulan hak asasi kanak-kanak. Ini kerana masalah yang menyebabkan sistem berkenaan ditangguhkan sebelum ini masih belum diselesaikan sepenuhnya. Sistem berkenaan, menurut kedua-dua badan itu, juga boleh dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan.
Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon menghormati keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, I-C-C mengeluarkan waran tangkap terhadap kumpulan gerila yang bertanggungjawab melakukan jenayah di wilayah Darfur di Sudan. I-C-C mahu menangkap para komander kumpulan gerila itu yang didakwa bertanggungjawab terhadap pembunuhan di pangkalan misi Kesatuan Afrika, Haskanita di Darfur pada bulan September tahun 2007. Dalam kejadian itu, 12 anggota pengaman dari Afrika terbunuh sementara 8 yang lain cedera. Ban menegaskan beliau tidak akan membiarkan pihak bertanggungjawqb terlepas dari hukuman atas jenayah yang dilakukan. Semua bukti yang akan mensabitkan kumpulan gerila itu telah diperoleh tetapi tidak diumumkan.
((DPA))
BADMINTON
Badminton, Sid Super Terbuka China di Shanghai. Dua perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Choong Han dijadual berentap antara satu sama lain di peringkat suku akhir, petang ini. Perseorangan wanita negara, Julia Wong pula bertemu wakil tuan rumah, Wang Lin.
Dalam acara beregu lelaki, Malaysia diwakili tiga beregu. Pilihan ke-4, Mohd Zakry Abdul Latiff/Mohd Fairuzizuan Tazari akan menentang pilihan ke-6, Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark. Pilihan ke-5, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berdepan pilihan ke-2, Lars Paaske/Jonas Rasmussen, juga dari Denmark. Manakala pilihan ke-7, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah bertemu pilihan ke-3, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea. Saingan wanita pula bakal menyaksikan pertembungan antara wakil tunggal negara, Chin Eei Hui/Wong Pei Tty dengan gandingan tuan rumah, Xie Jing/Zhong Qianxin.
((INTERNET))
SKUASY
Beralih ke Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong. Datuk Nicol David akan menentang pilihan ke-7, Omniya Abdel Kawy bagi merebut tempat ke separuh akhir. Pemain nombor satu dunia, berusia 25-tahun itu dalam misi memburu gelaran juara Terbuka Hong Kong buat kali ketiga berturut-turut. Juga beraksi di peringkat suku akhir hari ini - pasangan adik beradik, Natalie dan Rachel Grinham. Natalie akan bertemu Isabelle Stoeher, manakala Rachel berdepan Jenny Duncalf. Satu lagi perlawanan bakal menyaksikan pertembungan antara pilihan ke-4, Natalie Grainger dengan Alison Waters.
((INTERNET))