Login  |  
BERITA
Friday, September 10, 2010
BERITA NASIONAL 5.00 PETANG 
Location: BlogsKIOS BERITA    
Posted by: timbradmin 3/11/2010 5:54 PM

EDITOR : EZA YUSMAWATI YAACOP

PENYAMPAI : MUSTAZA MAAH

 

MODEL EKONOMI BARU PERINGKAT PERTAMA AKAN DIUMUM PADA 30 MAC INI.

 

7-RIBU 987 CALON SPM 2009 PEROLEH GRED CEMERLANG.

 

PELATIH PLKN DIPILIH JADI SUKARELAWAN FORMULA SATU MALAYSIA.

 

PM-MEB

 

Model Ekonomi Baru (M-E-B) peringkat pertama akan diumum pada 30 Mac ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata M-E-B peringkat kedua akan diumum semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10). Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas menerima Laporan Tahunan 2009 PEMUDAH dan melancarkan Buku Garis Panduan Pendaftaran Hartanah Malaysia di Putrajaya. M-E-B dijangka lebih ampuh untuk melonjakkan negara bagi mencapai status negara maju dan menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

 

Datuk Seri Najib juga berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kini sedang melaksanakan satu kajian mendalam mengenai kemungkinan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (T-P-P). Jika ia bermanfaat kepada Malaysia, beliau berkata kabinet akan membuat keputusan muktamad mengenainya. T-P-P adalah satu perkongsian yang melibatkan Brunei, Singapura, Chile, New Zealand, Amerika Syarikat, Australia, Peru dan Vietnam.

 

Dalam perkembangan lain, Dato' Seri Najib berkata Barisan Nasional (B-N) tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS yang keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas. Katanya, kerjasama dengan mereka dialu-alukan asal memberi manfaat kepada rakyat. Dato' Seri Najib mengulas keputusan UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baru yang mempelawa bekas ahli parlimen P-K-R, Encik Zulkifli Nordin untuk menggunakan platfom parti itu bagi menjelaskan isu pemecatannya dari P-K-R.

((PBR/BERNAMA))

 

TPM

 

Rakyat Malaysia di semua peringkat perlu menjadikan gagasan 1Malaysia sebagai 'azimat' untuk menghadapi pelbagai cabaran mendatang. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun rakyat perlu benar-benar memahami dan menghayatinya bagi memastikan gagasan itu benar-benar memberi impak dalam usaha membangunkan negara. Beliau berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk terjejas banjir di SK Bukit Garam di Kinabatangan, Sabah. la sempena lawatannya bagi meninjau kemajuan dan pembangunan kawasan Kinabatangan.

 

Bercakap kepada pemberita kemudian, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan peruntukan bagi membangunkan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan perumahan rakyat untuk penduduk daerah Kinabatangan.          Antara projek berkenaan ialah kemudahan bekalan air sepanjang 35 kilometer, pembinaan empat buah jeti dan menyiapkan jalan raya Tundun-Mohongit sepanjang 8km. Kesemuanya untuk kemudahan 800 penduduk serta bekalan elektrik untuk beberapa buah kampung di daerah itu.

 

Mengenai peratusan calon yang lulus dalam peperiksaan SPM 2009, Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran melahirkan rasa gembira atas peningkatan peratusan kelulusan dalam peperiksaan itu tahun lepas berbanding tahun sebelumnya. Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat perbezaan sedikit terhadap pencapaian pelajar di kawasan bandar dan luar bandar. Beliau berharap Jabatan Pelajaran mengambil usaha gigih untuk meningkatkan lagi peratusan kelulusan khususnya di sekolah-sekolah luar bandar.

((BERNAMA/PBR))

 

S-P-M

 

Terdahulu, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam sidang media mengumumkan analisis keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 di Putrajaya, berkata seramai 7-ribu 987 talon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh Bred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Ini berbanding 6-ribu 277 pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, seramai 214 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu.

 

Mengulas lanjut, Tan Sri Alimuddin berkata seramai 465-ribu 853 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun lalu. Daripada jumlah itu, 406-ribu 420 calon adalah dari sekolah Kementerian Pelajaran. Manakala 59-ribu 433 adalah calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain Kementerian Pelajaran -- yang mana seramai 41 orang daripadanya memperoleh gred A+.

 

Mengenai pencapaian calon peperiksaan STAM 2009, Tan Sri Alimuddin berkata secara keseluruhan pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran adalah membanggakan. Seramai 3-ribu 138 calon memperoleh pangkat Maqbul atau lulus. Jumlah tersebut meningkat berbanding tahun 2008 iaitu 3-ribu 98 calon.

 

Mengenai jumlah pelajar yang lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Tan Sri Alimuddin berkata ia mencatatkan kenaikan berbanding pada tahun sebelumnya. Katanya seramai 364-ribu 46 pelajar lulus Bahasa Melayu pada peperiksaan tahun lalu berbanding 347-ribu 443 pada 2008. Manakala 302-ribu 501 lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris berbanding 282-ribu 471 pada tahun sebelumnya.          Beliau berkata kerajaan sedang berusaha ke arah memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris agar prestasi kedua-dua mata pelajaran itu dapat dipertingkat.

((PBR/BERNAMA))

 

DENGGI

 

Tiga kematian akibat demam denggi dilaporkan dalam tempoh 28 Februari hingga 6 Mac. Ini menjadikan jumlah kematian pada tahun ini meningkat kepada 34 orang. Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican menyebut, kes demam denggi pada minggu lepas turun empat peratus kepada 1 ribu 74 berbanding 1 ribu 121 kes pada minggu sebelumnya. Tujuh negeri merekodkan peningkatan kes iaitu Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Kuala Lumpur, Pahang dan Sabah.

((BERNAMA))

 

KES DERA

 

Pemandu teksi yang didakwa menyebabkan kematian tragis kanak-kanak Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Kubu Bharu atas tuduhan membunuh.        Mohd Fazli Azri Jamil, 28 tahun, ditahan di Penjara Tapah sejak ditangkap pada 26 Februari lepas. Tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk tanda faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zuraida Zakaria.        

 

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesatahan boleh membawa hukuman mati mandatori. Tarikh 31 Mac ini ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia serta autopsi siap.

((BERNAMA))

 

PNM

 

Budaya membaca terus diperluas ke peringkat akar umbi. Ia bagi meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Ini dinyatakan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Dato' Raslin Abu Bakar. Setakat ini 1 -ribu 89 buah Perpustakaan Desa di seluruh negara menyumbang kepada 5 juta pengguna di luar bandar.  Dato' Raslin bercakap kepada media di ibu negara semasa Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan Negara Malaysia.

 

“ Kita nak galakkan pembacaan. Membaca buku ataupun membaca kandungan digital, web-base atau internet. Jadi kita bila kita adakan kempen untuk amalan membaca ini kita mencakupi kedua-duanya, buku dan juga internet. Kita adakan pertandingan menulis melalui internet menggunakan kaedah semasa. Kita di seluruh perpustakaan ini. Kita mengharapkan masyarakat grass root yg diluar bandar ke di pekan-pekan ke hasilnya dapat dirasai mereka semua inilah.”

 

Sementara itu para pengunjung ternyata berpuashati dengan kaunter dan ruang pameran yang disediakan. Antara yang ditemui Berita Radio ialah Jason Visvaraj, Nur Qistina Abdul Razak dan Tang Soon Gi:

 

 

Jason Visvaraj

“ Kebaikan banyak kaunter buka untuk penerangan kita boleh mendapat informasi-informasi dan boleh menambahbaik ilmu pengetahuan kita.”

 

Nur Qistina Abdul Razak

“ Kami memenuhi requirement dia orang yang kumpul Satu juta pelanggan PNM. Isi borang semua dan daftar untuk ahlilah. Kami dapat tengok lebih dekat contohnya manuskrip. Kami dapat cuba buat, semua itu dapat tampal apa buku manuskrip yang rosak.”

 

Tang Soon Gi

“ Saya rasa sangat bertuah. Saya dapat tengok banyak laporan tentang Tun Dr Mahatir di pameran.”

((PBR))

 

MYANMAR-NLD

 

Junta tentera Myanmar membenarkan parti Liga Demokrasi Kebangsaan (N-L-D) yang diterajui Aung San Suu Kyi, membuka semula pejabatnya yang ditutup sejak 7 tahun lalu. Sebanyak 300 pejabat parti pro-demokrasi itu yang diarah tutup sejak tahun 2003, akan dibenar beroperasi semula. Jurucakap N-L-D, Nyan Win berkata, setakat ini 100 buah pejabat parti itu sudah dibuka semula.

((AFP))

 

ASIABARAT-RUSIA

 

Tindakan rejim zionis meluluskan pembinaan 1-ribu-600 rumah baharu bagi pendatang haram Yahudi di Baitulmaqdis Timur, terus dikecam masyarakat antarabangsa. Terbaharu, Rusia menyifatkan tindakan itu sebagai tidak boleh diterima. Kenyataan Kementerian Luar Rusia di Moscow menyatakan, ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa bagi penyelesaian damai Asia Barat. Rusia merupakan satu daripada negara dalam kuartet rundingan damai Asia Barat. Negara lain ialah Amerika Syarikat, selain Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

((AFP))

 

E-U

 

Kesatuan Eropah, E-U dijangka meluluskan undang-undang memastikan semua mangsa serangan pengganas mendapat bayaran pampasan daripada kerajaan. Penyelaras Anti Keganasan E-U, Gilles de Kerchove itu dibuat sehari menjelang ulangtahun ke-6 memperingati serangan bom Madrid yang meragut 191 nyawa manakala lebih seribu 800 lagi cedera. Beliau berharap undang-undang itu dapat dikuatkuasakan tahun depan.

((DPA))

 

PLKN

 

Jabatan Latihan Khidmat Negara (J-L-K-N) akan terus memberi kerjasama kepada Litar Antarabangsa Sepang (S-I-C), ke arah menjayakan sukan permotoran negara. Seramai 120-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (P-L-K-N) dipilih menjadi sukarelawan pada perlumbaan Formula Satu PETRONAS Malaysia Grand Prix, dari 2 hingga 4 April depan. Menteri Pertahanan, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penglibatan para pelatih PLKN tersebut akan mendedahkan mereka kepada kerja-kerja kesukarelawan serta sukan permotoran.

 

“ Mereka akan diletakan dibahagian information, keduanya sebagai penyambut tetamu dan dalam customer survices. Ini pertama kalinya Sepang International Circuit memberikan kepercayaan kepada JLKN dengan menggunakan volunters daripada peserta-peserta PLKN. Satu pendedahan untuk mereka, kita akan persesuaikan dengan acara-acara yang dianjurkan oleh SIC. Saya ingat tahun ini kita ada sekurang-kurangnya 4 acara perlumbaan yang melibatkan peserta-peserta daripada PLKN. Jadi kita akan gunakan kumpulan yang berbeza mengikut siri latihan yang berbeza supaya lebih ramai daripada mereka mendapat pendedahan di dalam pengendalian kesukarelawanan di Sepang International Circuit ini.”

 

Dato Seri Dr. Ahmad Zahid bercakap kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara JLKN dan SIC di Litar Sepang.

((PBR))

 

SUKMA-KONTINJEN

 

651 atlet Melaka akan menyertai perhimpunan kontinjen peringkat negeri, sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13. Perhimpunan kali ke-2 itu akan diadakan pada 4 April. Penolong Pengarah Majlis Sukan Melaka, Encik Dermawan Sulaiman berkata, program itu bertujuan memberi suntikan motivasi kepada atlet dari segi mental dan fizikal:

 

“ Yang pertama kita telah buat pada 2-Januari 2010 yang lepas, tapi kali ketiga akan buat pada 30-Mei. Kita bergantung kepada 27-orang atlet yang telah memenangi pingat emas di Sukma atau Sukan Malaysia ke 12 di Terengganu untuk cabaran Melaka pada Sukan Malaysia kali ini. Dengan latihan yang cukup dan pendedahan yang diberikan kepada mereka dalam kejohanan kebangsaan ataupun peringkat antarabangsa, kita juga menaruh harapan tinggi kepada sukan-sukan lainlah.”

 

Encik Dermawan dihubungi Berita Radio R-T-M. SUKMA ke-13 akan berlangsung dari 10 hingga 19 Jun di Melaka. Sasaran tuan rumah - untuk merangkul 45 pingat emas, serta berada dalam kelompok 5 terbaik.

((PBR))

 

REGATTA

 

Sekurang-kurangnya 10 pelumba telah mendaftar bagi merebut gelaran pelumba power boat F-3000 terpantas Borneo, pada Kejohanan Regatta Rajang. Perlumbaan akan diadakan Ahad ini di Sungai Rajang. Marshall perlumbaan yang juga Penyelaras Bersama perlumbaan itu, Tilletson Edmund Tun Jugah berkata, kebanyakan pelumba dari Brunei, Kuching dan Sibu. Perlumbaan melibatkan 25 pusingan, dengan setiap pusingan berjarak 1.4 kilometer. Beliau berkata demikian di Sibu. Kejohanan Regatta Rajang menawarkan hadiah berjumlah 90 ribu Ringgit.

((BERNAMA))

 

ARKIB BERITA