EDITOR : WAN ROSMARIA WAN ISMAIL
PENYAMPAI : NORAINI IBNU
KEBERKESANAN SISTEM SUBSIDI DAN INSENTIF KEPADA PESAWAH
SEDANG DIKAJI UNTUK PENAMBAHBAIKAN.
KERJASAMA PERTAHANAN ASEAN PERLU DIPERTINGKAT BAGI
MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA BARAT.
HAITI BAKAL TERIMA LEBIH 4-BILION DOLAR UNTUK PROGRAM
PEMBINAAN SEMULA.
DEWAN RAKYAT
101 aduan berhubung kandungan laman
web dan blog diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di bawah akta Komunikasi
dan Multimedia 1998, dari Januari hingga 23 Februari lalu. Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, terdapat 58
aduan bagi kandungan lucah. Selebihnya, aduan bagi kandungan mengancam dan
jelik, termasuk menghina Sultan. Daripada jumlah itu, 15 aduan sedang disiasat
di bawah Seksyen 211 dan 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Manakala
63 kes disiasat kerana kesalahan melanggar pelbagai akta. Beliau bercakap di
Dewan Rakyat.
Dewan juga diberitahu, kerajaan masih
mengkaji keberkesanan sistem subsidi dan insentif yang diberi kepada pesawah.
Ia juga akan mencadangkan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengumuman
mengenai langkah tersebut akan dibuat selepas kajian terperinci dilakukan.
Kajian itu perlu bagi memastikan keperluan beras negara, mencukupi.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman
Abu Mansor pula berkata, 8 buah jambatan dari Pokok Sena ke Nami akan disiapkan
September tahun depan. Hari ini, pihak Jabatan Kerja Raya Kedah membuka “Tender
Semula” projek tersebut kepada kontraktor dan perlu disiapkan datam tempoh yang
ditetapkan. Datuk Shaziman menjawab soalan wakil Padang Terap, Encik Mohd Nasir
Zakaria.
Sementara itu, Kerajaan akan
melaksanakan Pelan Strategik Kebangsaan H-I-V AIDS bagi memerangi jangkitan
tersebut dalam kalangan remaja. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk
Rosnah Abdul Rashid Shirlin, kempen tersebut akan bermula tahun depan hingga
2015.
((PBR))
PAMERAN PERTAHANAN
Kerjasama pertahanan dalam kalangan
negara ASEAN perlu dipertingkat bagi mengurangkan kebergantungan kepada negara barat.
Ini dinyatakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau
berkata demikian dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV-1. Menurutnya,
40-negara akan menyertai Pameran Pertahanan Keselamatan Asia (D-S-A) 2010 di
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, bulan depan. Penyertaan masih lagi
terbuka kepada institusi dan agensi yang berkaitan.
“ Kita ada demonstrasi terutama oleh
pihak polis dan kita juga akan ada terminal, persidangan dan kita ada
demonstrasi dari segi perubatan keselamatan untuk security dan defence dan saya
mengucapkan terima kasih, ini bukan sahaja melibatkan pihak hospital angkatan
tentera, tetapi pihak yang lain mempunyai peralatan-peralatan yang canggih
misalnya jika bertaku malapetaka. Jadi, peralatan ini dipamerkan pameran untuk
masyarakat akan lihat metalui media elektronik.”
((PBR/BTV))
KDN
Tiada tindakan akan diambil terhadap
akhbar China Press berhubung laporannya bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa
Hassan mengemukakan surat perletakan jawatan. Kementerian Dalam Negeri berpuas
hati dengan penjelasan yang dibuat oleh akhbar itu. Timbalan Ketua Setiausaha
kementerian, Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz berkata, akhbar itu juga bersedia
memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, terserah kepada China Press untuk mengambil tindakan dalaman mengenai laporan
itu. Datuk Ahmad Fuad bercakap di Putrajaya.
((BERNAMA))
LAMPU PIJAR
Penggunaan lampu pijar akan
dihentikan secara berperingkat mulai tahun depan. Ia bagi menggalakkan
penggunaan lampu yang lebih cekap tenaga. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penggantian lampu pijar dengan
lampu cekap tenaga boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak
1-ribu 74 giga watt jam setahun bersamaan dengan penjimatan 1-peratus keperluan
bekalan elektrik negara. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian di Putrajaya.
((PBR))
PAHANG
Sambutan Ulangtahun ke-50 Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Kuala Lipis, Pahang, Sabtu ini bertujuan mendekati
masyarakat luar bandar. Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal berkata,
lokasi tersebut dipilih berdasarkan sejarah dan pembangunan luar bandar kawasan
tersebut.
“ Ini merupakan kumpulan sasar kenapa
tidak di Wilayah Persekutuan, di KL tetapi kini ingat masyarakat luar bandar
itu sendiri, apa citarasa mereka, apa pandangan mereka sudahpun dalam jangka
masa 10 tahun mungkin kalau pandangan orang bandar berbeza sekali dengan masyarakat
luar bandar. Jadi ini merupakan salah satu pendekatan kita. Tapi, tak
semestinya, masyarakat bandar itu tidak boleh bagi input ini yang kini nak
gabungkan banyak persembahan seperti kebudayaan, persembahan kraftangan, yang
ada dan penglibatan dalam budaya setempat, anak-anak muda, orang asli di situ
dan beberapa artis di situ.”
Datuk Seri Mohd Shafie berkata
demikian dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV-1. Beliau juga berharap
masyarakat di seluruh negara datang memeriahkan sambutan ulangtahun tersebut.
“ Dan saya berharap semua rakyat
Malaysia tidak mengira berada di Perlis, sama ada di Sabah, Sarawak yang berpeluang
kunjungi showcase pameran yang akan dilakukan di Dataran Lipis pada 20hb Mac
ini yang akan dirasmikan oleh YAB, Perdana Menteri dan kita berharap iainya merupakan
salah satu langkah yang dapat menyemarakkan semangat atau membantu mewujudkan luar
bandar. banyak program sebenanrnya yang akan kita langsungkan.”
((PBR))
HAITI
Haiti bakal menerima lebih 4-bilion
dolar untuk program membina semula negara itu yang hampir ranap dilanda gempa.
Usul diluluskan dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa negara dan pertubuhan
penderma di Santo Domingo menjelang Sidang Kemuncak 31-haribulan ini. Menurut
Menteri Ekonomi Republik Dominica, Temistocles Montas, Haiti akan menerima dana
3.8-bilion dalam tempoh 18-bulan. Sebanyak 350-juta dolar lagi akan diluluskan
bagi mengukuhkan bajet awam Haiti.
Kira-kira 28 negara penderma dan
pertubuhan kebajikan akan menghadiri Sidang Kemuncak di Pertubuhan Bangsa
Bersatu, hujung bulan ini bagi mengumpul sumbangan dan merangka pelan pemulihan
Haiti. Dalam sidang itu, Haiti akan menggariskan keperluan jangka panjang tatkala
ia giat program pembinaan semula. Haiti dilanda gempa bumi 12-Januari lepas.
Lebih 220-ribu terbunuh dan kira-kira sejuta lagi hilang tempat tinggal.
((AFP))
PALESTIN
Rancangan Israel untuk membina lebih
banyak rumah kediaman berhampiran Baitulmaqdis Timur tidak akan membantu proses
damai Asia Barat. Ini ditegaskan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Beliau bagaimanapun menafikan isu tersebut menimbulkan krisis dengan Israel.
Obama menyatakan demikian dalam temuramah bersama Fox News Channel.
Minggu lalu, Israel mengumumkan
rancangan pembinaan seribu-600 kediaman penduduk Yahudi di Baitulmaqdis Timur.
Pengumuman dibuat ketika Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengadakan
lawatan ke kawasan itu bagi mempromosikan penyambungan semula rundingan damai
dengan Palestin. la sekaligus mencetuskan kemarahan Washington.
((REUTERS))
KOREA UTARA
Seorang bekas pegawai kanan kerajaan
Korea Utara dihukum mati kerana melaksana program pembaharuan matawang yang
tidak sempurna. November lepas, Pyonyang menyemak semula nilai matawangnya
sebagai usaha meredakan inflasi. Tetapi sebaliknya pula berlaku. Ekonomi Korea
Utara kian parah akibat masalah kekurangan bekalan makanan dan wang yang tidak
bernilai. Menurut laporan agensi berita Yonhap, Pengarah Jabatan Pengurusan dan
Kewangan Pak Nam Gi, 77-tahun dijadikan kambing hitam. Dia dihukum mati oleh
skuad penembak di Pyongyang, minggu lepas.
((AP))
JEPUN-KERETA
Permintaan bagi kereta, trak dan bas
baru di Jepun susut 4.9-peratus kepada 4.65-juta unit dalam tempoh kewangan
bermula 1-April tahun lepas. Ia rekod terendah, sejak tahun 1977 dan 1978.
Bagaimanapun Persatuan Pengeluar Automobil Jepun meramal prospek lebih cerah.
Jualan dijangka berkembang 4.1-peratus kepada lebih 4.89-juta unit dalam tahun
operasi perniagaan berakhir bulan ini, disokong oleh subsidi kerajaan dan
pengurangan cukai bagi kereta yang jimat penggunaan bahan api.
((REUTERS))
SUKMA-PERAK
Menjelang Sukan Malaysia Ke-13 Jun
depan. Kontinjen Perak meletakkan sasaran 35-pingat emas. Pengarah Majlis Sukan
Negeri, Encik Meor Ismail Meor Akim berkata, pihaknya juga berhasrat untuk
berada dalam kedudukan lima terbaik. Katanya, keyakinan itu berdasarkan pencapaian
pada program 'Kem Perak Amal' yang diadakan baru-baru ini. Pada temasya kali ini,
Perak menghantar 500-peserta. Encik Meor bercakap kepada Berita Radio:
“ Atlet Perak kali ini saya harap
dapat mengekalkan satu prestasi yang lebih baiklah sebab pada tahun ni kita
memberi peruntukan pun lebih berbanding Sukma tahun lepas, dari segi
elaun-elaun atlet pun kita akan bagi lebih daripada Sukma lepas, begitu juga
dari segi peralatan-peralatan yang kita dah beli baru, kebanyakkan permintaan
daripada persatuan kita penuhi. Kita cuba penuhi semaksima mungkin kemahuan
persatuan dengan harapannya prestasi kita nak lebih baik berbanding sebelum ni.”
((PBR))
LIGA JUARA
Bola sepak, Liga Juara Eropah.
Barcelona dan Bordeaux melengkapkan lapan pasukan untuk saingan peringkat suku
akhir. Barca mara selepas menewaskan VfB Stuttgart, 4-0 di Nou Camp. Lionel
Messi menyumbang dua got pada minit ke-1 3 dan 60. Barca layak dengan agregat
5-1.
Bordeaux pula mara selepas menang 2-1
ke atas Olympiakos, menjadikan agregat 3-1. Terdahulu, enam pasukan mengesahkan
tempat ke suku akhir iaitu Manchester United, Arsenal, Lyon, Bayern Munich,
Inter Milan dan CSKA Moscow. Undian peringkat suku akhir diadakan esok,
manakala perlawanan pertama pada 30 dan 31-Mac, manakala perternuan kedua pada
6 dan 7-April.
((AFP))
TENIS
Tenis Masters Indian Wells - Pilihan
kedua dan juga pernain nombor dua dunia, Novak Djokovic, tersingkir. Dia tumpas
kepada pilihan ke-20, Ivan Ljubicic dari Croatia, 5-7 dan 3-6 di pusingan
keempat. Pilihan ke-3, Rafael Nadal pula mara ke suku akhir selepas menang ke atas
John Isner dari Israel, 7-5, 3-6, dan 6-3.
Sementara itu dalam saingan
perseorangan wanita, Agnieszka Radwanska mengesahkan tempat ke separuh akhir.
Di peringkat suku akhir, dia mengenepikan Elena Dementieve 6-4, 6-3. Radwanska
akan bertemu sama ada Caroline Wozniacki dari Denmark atau Zheng Jie dari
China. Dua lagi perlawanan suku akhir berlangsung hari ini, iaitu pertemuan
Jelena Jankovic dengan Alisa Kleybanova, dan Samantha Stosur dengan Maria Jose
Martinez Sanches.
((AFP))
USIN BOLT
Raja pecut dunia, Usain Bolt
bercadang untuk mengambil bahagian dalam acara 300-meter dalam kejohanan Golden
Spike Republik Czech yang akan berlangsung pada 27-Mei depan. Demikian menurut
penganjur kejohanan, Alfonz Juck. Bolt, pemenang tiga pingat emas Olimpik dan
tiga rekod dunia menyertai kejohanan itu buat pertama kali. Dia memegang rekod
dunia bagi acara 100-meter dan 200-meter. Rekod bagi 300-meter merupakan milik
Michael Johnson dengan kepantasan 30.85-saat yang dicipta pada tahun 2000 di
Pretoria.
((DPA))
GOLF
Kejuaraan Golf Dunia di Doral, Miami
minggu ini akan berlangsung tanpa penaja utama. Ia ekoran keputusan syarikat
perisian gergasi C-A Inc menamatkan tajaan bagi Jelajah P-G-A. Sehubungan itu,
Pesuruhjaya Jelajah P-G-A, Tim Finchem berharap ada pihak yang sudi menaja
kejohanan tersebut. C-A Inc merupakan penaja utama kejohanan itu sejak empat
tahun lalu.
((AFP))
TENIS
Pemain tenis Rusia, Maria Sharapova
tidak akan menyertai sebarang kejohanan dalam tempoh enam minggu. Ia berikutan
kecederaan siku yang dialami. Juara grand slam tiga kali itu, dijadual
menyertai Terbuka Sony Ericsson minggu depan di Key Biscayne, Miami. Namun,
ujian M-R-I yang dijalankan mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian kanan
pemain itu. Selain Sharapova, turut menarik diri ialah Dinara Safina dan juara
kejohanan itu pada tahun 2008, Nikolay Davydenko. Berikutan itu, pasangan adik
beradik Serena Williams dan Venus akan menjadi pilihan utama bagi kategori
wanita, manakala Roger Federer dan Rafa Nadal pilihan utama kategori lelaki.
((REUTERS))