Login  |  
BERITA
Friday, September 10, 2010
BERITA DUNIA 11:00 PAGI 
Location: BlogsKIOS BERITA    
Posted by: timbradmin 3/19/2010 12:45 PM

EDITOR  :  MASNIZA AWANG KECHIK

PENYAMPAI  :  AZNARINA AZIZ

 

ISRAEL SEKALI LAGI KUATKUASA LARANGAN BERIBADAT DI MASJID AL-AGSA, BAGI LELAKI PALESTIN BAWAH 50 TAHUN.

RAKYAT AMERIKA MENGAKU SALAH RANCANG SERANGAN BERDARAH DI MUMBAI.

PRESIDEN BARACK OBAMA TANGGUH LAWATAN KE RANTAU INI.

 

ASIA BARAT-RUNDINGAN TIDAK PASTI

Masa depan rundingan damai Asia Barat terns diselubungi ketidakpastian. Rejim Israel melancarkan serangan udara terhadap tiga sasaran di Tebing Barat, awal pagi tadi. Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Serangan udara itu dilancar, beberapa jam selepas serangan roket pejuang Hamas meragut nyawa seorang pekerja ladang di selatan negara haram, Israel. Kumpulan Briged Ansar al-Sunna mengaku melancarkan serangan roket. Ia sebagai tindak balas kepada penindasan dan kekasaran polis terhadap penunjuk perasaan Palestin di Baitulmagdis Timur, Selasa lepas. Berpuluh-puluh orang, termasuk anggota polis cedera dalam kejadian itu. 60-penunjuk perasaan ditahan.

Dalam perkembangan berkaitan, Israel sekali lagi menguatkuasakan larangan beribadat di Masjid al-Agsa, bagi lelaki Palestin berusia bawah 50-tahun. Jurucakap polis rejim, Micky Rosenfeld berkata, tahap kawalan keselamatan telah ditingkatkan. Kira-kira 3-ribu anggota polls ditempatkan di sekitar kota suci Baitulmaqdis. Larangan serupa sebelum ini dikuatkuasakan selama 5-hari sehingga Rabu lepas.

((AFP))

 

MUMBAI-WARGA AMERIKA MENGAKU

Seorang lelaki warga Amerika Syarikat mengaku bersalah merancang serangan berdarah di Mumbai, India pada tahun 2008. Peguam Negara Amerika, Eric Holder dalam satu kenyataan berkata, David Coleman Headley juga mengaku merancang pembunuhan seorang kartunis Denmark. Headley, 49-tahun, dilahirkan di Washington. Bapanya seorang bekas diplomat Pakistan, manakala ibunya; wanita Amerika. Dia menghabiskan masa 2-tahun di Mumbai semata-mata untuk merancang serangan itu. Ini termasuk meninjau kawasan sekitar pelabuhan, bagi mengenalpasti laluan masuk anggota kumpulan haram Pakistan, Lashkar-e-Taiba. 166-orang, termasuk 6-warga Amerika terbunuh dalam serangan itu.

((AFP))

 

NIGERIA-LIBYA

Nigeria memanggil pulang dutanya ke Tripoli sebagai membantah cadangan pemimpin Libya, Moamer Kadhafi supaya Nigeria mengamalkan sistem pengasingan penduduk mengikut agama. Jurucakap Kementerian Luar Nigeria, Ozo Nwobu dalam satu kenyataan berkata, kenyataan tidak bertanggungjawab itu menjejaskan status dan kewibawaan Kadhafi. la juga menunjukkan, beliau tidak jujur semasa membuat saranan mengenai integrasi dan penyatuan Afrika, sebelum ini.

Kadhafi yang merupakan mantan Pengerusi Kesatuan Afrika mencadangkan Nigeria, melaksanakan sistem pengasingan penduduk mengikut agama seperti yang diamalkan di Pakistan. Beliau percaya, sistem itu berkesan untuk menamatkan pertempuran yang Bering tercetus ekoran ketegangan antara pelampau agama. Kadhafi mencadangkan Lagos sebagai ibu negeri penganut Kristian di selatan dan Abuja dijadikan ibu negeri kepada penganut Islam di utara. Beliau juga mencadangkan, kedua-dua pihak bersetuju berkongsi hasil minyak dan galian negara.

((AFP))

CHILE

Kerajaan Chile mewujudkan sebuah panel khas bagi menentukan jumlah sebenar korban berikutan gempa bumi 8.8-mengikut Skala Richter pada 27-Februari lain. Langkah itu diambil selepas terdapat perbezaan dari segi angka yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi dalam tempoh dua minggu lepas. Ini dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Dalam Negeri, Rodrigo Ubilla. Antara 323 hingga 802 orang dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian itu.

((AFP))

 

HAITI

Dalam pada itu, Bank Dunia mengumumkan bantuan 65-juta Dolar kepada Haiti, bagi membangunkan semula infrastrukturnya selepas gempa bumi kuat, Januari lain. Ia sebahagian daripada bantuan 100-juta Dolar yang diumumkan bank berkenaan kepada Haiti, sehari selepas tragedi pada 12-Januari. Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa Bersatu menganggarkan, sebanyak 11.5-bilion Dolar diperlukan dalam tempoh tiga tahun untuk pembinaan semula Haiti.

((AFP))

 

BRAZIL DIDENDA

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva didenda 2-ribu 800-Dolar kerana melobi talon penggantinya sebelum bermula tempoh kempen pilihan raya. Hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Agung Pilihan Raya. Mengikut fakta kes, Lula menggunakan majlis perasmian sebuahkompleks sukan Mei lalu untuk melobi Ketua Menteri, Dilma Rousseff. Beliau metakukan kesalahan itu hampir setahun sebelum pilihan raya Presiden yang dijadualkan berlangsung bulan depan. Berdasarkan tinjauan sokongan terkini, Roussef masih mengekori calon pilihan, Jose Serra yang juga Gabenor Sao Paulo. Beliau bagaimanapun berjaya merapatkan jurang peratusan kepada hanya 5-mata.

((AFP))

 

OBAMA-TANGGUH LAWATAN

 

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menangguhkan siri lawatan rasminya ke Asia Pasifik. Jurucakap White House, Robert Gibbs berkata, Obama menangguhkan lawatan itu bagi memberi tumpuan penuh terhadap rang undang-undang penambahbaikan sistem penjagaan kesihatan. Pengundian akan dilakukan di Dewan Kongres, Ahad ini. Menurut Gibbs, Obama memutuskan untuk melakukan lawatan kerja ke Asia Pasifik, Jun depan. Mengikut jadual asal, beliau sepatutnya berlepas ke wilayah Guam Ahad ini sebelum ke Indonesia dan Australia.

((AFP))

 

US-PENGANGGURAN

Sementara itu, Obama menandatangani rang undang-undang yang digubal khas bagi mengatasi masalah pengangguran. Rang undang-undang itu metibatkan pakej rangsangan bernilai 17.6-bilion Dolar. la diharap dapat membantu melonjakkan proses pemulihan ekonomi yang rapuh. Dengan kadar pengangguran menghampiri dua angka, White House terus bergelut untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Sejak terjerumus dalam kegawatan ekonomi pada Disember 2007, Amerika kehilangan kira-kira 8-juta pekerjaan.
((AFP))

 

OBESITI MELAMPAU

Dalam pada itu, semakin ramai kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalami masalah obesiti melampau. Kajian Kaiser Permanente, salah seorang pakar penjagaan kesihatan terkemuka di Amerika mendapati, mereka menghadapi risiko meninggal dunia beberapa puluh tahun lebih awal berbanding kanak-kanak normal. Mereka juga berhadapan risiko menderita sakit tua seawal usia 20an.Ketika ini, 7.3-peratus kanak-kanak lelaki dan 5.5-peratus kanak-kanak perempuan di Amerika mengalami masalah obesiti melampau.

((AFP))

 

MENGANDUNG-H1N1

Wanita mengandung yang dijangkiti Selesema Babi (H-Satu-N-Satu) berisiko 13-kali lebih kritikal dan ditahan di hospital. Demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Britain (B-M-J). Kajian dijalankan dari 1-Jun hingga 31-Ogos tahun lalu, melibatkan 209-wanita di Australia dan New Zealand yang hamil antara 15 hingga 44-minggu. Hasil kajian mendapati, 11 -peratus daripada ibu mengandung dan 12-peratus bayi dalam kandungan meninggal dunia selepas menjalani rawatan intensif virus H-Satu N-Satu.

((REUTERS))

 

WOODS DAN SKANDAL SEKS

Lagi skandal seks membabitkan bintang sukan golf, Tiger Woods. Terbaru, bekas pelakon porno mengaku menjalin hubungan intim selama 3-tahun dengan Woods. Joslyn James atau nama sebenarnya Veronica Siwik-Daniels mendedahkan lebih 100 S-M-S berunsur seks di laman webnya yang didakwa dihantar oleh Woods. Menurut Josyln, dia akan mendedahkan banyak lagi maklumat mengenai hubungan dengan bintang sukan itu.

((AP))

 

LIGA EUROPA

Dua wakil England, iaitu Liverpool dan Fulham mara ke suku akhir. Liverpool mengetepikan wakil Peranchis, Lille dengan aggregat 3-1. Dalam pertemuan kedua peringkat kalah mati 16-pasukan di Anfietd, Liverpool menang 3-0. Fulham pula mengetepikan kelab Itali, Juventus dengan aggregat 5-4. Dalam pertemuan di London, kelab Inggeris itu menang 4-1 setelah kalah perlawanan pertama di Turin, 1-3. Turut layak ke suku akhir ialah Benfica, Valencia, Hamburg, Atletico Madrid, Wolfsburg dan Standard Liege.

((AFP))

 

TENIS SIRI MASTERS INDIAN WELLS

Ivan Ljubicic layak ke separuh akhir perseorangan lelaki. Bekas pemain nombor tiga dunia itu menewaskan Juan Monaco dari Argentina 4-6, 6-2 dan 6-1. Ljubicic akan bertemu sama ada juara bertahan Rafael Nadal atau Tomas Berdych untuk merebut tempat ke perlawanan akhir.

Bagi kategori wanita, Jelena Jankovic mara ke separuh akhir. Turun selaku pilihan keenam kejohanan, Jankovic menundukkan pemain Rusia Alisa Kleybanova, 6-4 dan 6-4. Dia akan bertemu sama ada Samantha Stosur atau Jose Martinez Sanchez.

((AFP))

 

BASIKAL-AMSTRONG

Juara tujuh kali Tour de France, Lance Armstrong akan mengambil bahagian dalam Circuit de la5arthe. Perlumbaan selama empat hari, bermula 6-April depan akan berlangsung di bahagian barat Perancis. Menurut penganjur, Amstrong 38-tahun akan menyarung jersi RadioShack. Kali terakhir dia menyertai pertumbaan itu ialah tujuh tahun lalu.

((REUTERS))

 

ARKIB BERITA