
1942 - 2006
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Salleh Pateh Akhir(gambar) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 7.40 Selasa malam akibat serangan jantung.
Adiknya, Jalaluddin memberitahu Bernama bahawa Salleh, 64, diserang sakit jantung selepas menjalani rawatan dialisis.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak.
Jalaluddin berkata pada 19 Okt lepas, Allahyarham dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan doktor mendapati jantungnya hanya berfungsi pada tahap 35 peratus.
Sebelum menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah RTM, Salleh adalah Pengarah Berita dan Hal Ehwal Semasa RTM.
BERNAMA