Login  |  
LAMAN UTAMA
Saturday, March 20, 2010
1 Malaysia
 
  Minimize

BERITA DUNIA 11.jpg
BERITA NASIONAL 1 TGH .jpg
BERITA NASIONAL 5 PTG jpg.jpg

.::ARKIB BERITA::.

BANTU PELAJAR KURANG BERJAYA

Kaedah terbaik bagi membantu petajar yang kurang berjaya dan gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia, S-P-M 2009, sedang dibincang. Ia melibatkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Manusia serta agensi-agensi berkaitan,. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan memikirkan inisiatif bagi membantu pelajar terbabit menguasai kemahiran sesuai. Ini supaya mereka mampu meningkatkan bidang pelajaran dan kerjaya mereka. Tan Sri Muhyiddin turut memberi jaminan tidak akan meminggirkan sekolah yang memperoleh pencapaian yang rendah.


PENGENDALI SEKOLAH PENERBANGAN DI BERI AMARAN

Tindakan tegas akan diambil terhadap pengendali sekolah penerbangan di negara ini, jika gagat mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan. Ini termasuk menarik balik lesen mereka. Amaran itu dikeluarkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri. Bercakap kepada berita Radio RTM, beliau menegaskan Jabatan Penerbangan Awam, yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen tersebut tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan. Datuk Abdul Rahim mengulas beberapa insiden melibatkan pesawat latihan sekolah penerbangan terhempas kebelakangan ini.

 

BULAN CANDAT SOTONG

Bulan Candat Sotong, akan ditancarkan di Kuala Terengganu, Sabtu ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan , Kesenian dan Warisan Negeri, Dato' Zaa'bar Mohd Adib berkata aktiviti tersebut akan berlangsung sepanjang bulan ini sehingga Julai depan. Ketika ditemubual dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV-Satu, beliau berkata aktiviti tahunan itu dilihat mampu menarik kedatangan pelancong ke Terengganu.

 

RAKYAT AMERIKA TUNJUK PERASAAN ISU PENDATANG ASING

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 50 ribu orang daripada 33 negeri di Amerika Syarikat akan menyertai tunjuk perasaan di Washington, Ahad ini. Demonstrasi itu diadakan bagi menyuarakan kekesalan terhadap kerajaan dalam menangani isu pendatang asing. Mereka akan berkumpul di hadapan 'National Mall'. Perhimpunan itu berlangsung pada hari yang sama dengan tunjuk perasaan yang dirancang diadakan di luar Dewan Kongres, bagi membantah penambahbaikan sistem penjagaan kesihatan.

 

 
ISO

klasik.JPG

traxx.JPG aifm.JPG

minnal.JPG klfm.JPG

muzikfm.JPG asyikfm.JPG

suara malaysia.JPG suara islam.JPG

 KOMEN/EMEL Maximize